Anda di sini

Atasi segera gangguan bekalan elektrik di Asajaya dan Sadong Jaya - Aidil

Advertisement
 

KUCHING: Masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya perlu ditangani segera.

Perkara itu ditegaskan Aidil Lariwoo (GPS-Sadong Jaya) ketika membahaskan Belanjawan Sarawak 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Sarawak Energy Berhad (SEB) perlu membuat penambahbaikan segera bagi menangani isu tersebut.

"Saya memohon agar pihak SEB membuat pembaikan segera kepada masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya. Saya difahamkan berlaku kerosakan peralatan 'Auto Recloser' di punca sun station dan juga talian isolator.

"Saya memohon agar dipercepatkan pembaikan ini kerana gangguan bekalan elektrik ini sangat menganggu dan menyukarkan kehidupan harian masyarakat di kampung," katanya.

Dalam pada itu, Aidil menyambut baik Belanjawan Sarawak 2020 yang dibentangkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Persidangan DUN ini.

"Belanjawan ini inklusif dan berfokuskan kepada merancakkan pembangunan demi kesejahteraan rakyat Sarawak," ujarnya.

Advertisement