Anda di sini

Amaran rampasan palsu cetus keadaan kelam-kabut di lapangan terbang Amsterdam

Advertisement
 Anggota polis dilihat berkawal di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam selepas satu amaran rampasan palsu dikeluarkan kelmarin. — Gambar Piroschka van de Wouw/Reuters
BERJAGA-JAGA: Anggota polis dilihat berkawal di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam selepas satu amaran rampasan palsu dikeluarkan kelmarin. — Gambar Piroschka van de Wouw/Reuters

THE HAGUE: Seorang juruterbang telah secara tidak sengaja menekan amaran bagi rampasan di dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Schipol di Amsterdam kelmarin, mencetuskan satu operasi besar keselamatan oleh polis Belanda.

Pihak syarikat penerbangan Sepanyol Air Europa memohon maaf “amat mendalam” bagi insiden di dalam pesawat dari ibu negeri Belanda ke Madrid, yang menyaksikan kenderaan kecemasan mengelilingi pesawat tersebut.

“Amaran palsu dalam pesawat Amsterdam-Madrid pada tengah hari ini telah diaktifkan, secara tidak se-ngaja, mencetuskan protokol bagi rampasan di lapangan terbang,” kata pihak penerbangan di Twitter.

“Tidak ada ada-apa yang berlaku, semua penumpang selamat dan dalam keadaan baik menunggu untuk pe-nerbangan seterusnya. Kami berasa sangat kesal dan me-minta maaf.”

Schiphol merupakan salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Eropah, menguruskan lebih 70 juta penumpang dalam setahun, menurut laman sesawangnya.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan beberapa kenderaan polis dan ambulans berkumpul di sekeliling pesawat ketika beberapa bahagian di lapangan terbang telah ditutup.

Jadual penerbangan masih terganggu sehingga lewat kelmarin.

Polis Tentera Diraja Belanda pada mulanya menyatakan mereka sedang menyiasat satu “situasi yang disyaki”, namun mengumumkan sejam kemudian bahawa para penumpang dan anak kapal telah “keluar dari pesawat dengan selamat”.

Pesawat itu membawa 27 penumpang, lapor media Belanda.

Siasatan telah dijalankan bagi menentukan bagaimana amaran itu telah secara tidak sengaja dilakukan.

Amaran rampasan tidak dilakukan dengan mengaktifkan satu butang sahaja tetapi dicetuskan dengan satu kod empat digit yang dihantar kepada menara kawalan, kata pakar aeronautik Joris Melkert.

Menteri Kehakiman dan Keselamatan Ferd Grapperhaus berkata di Twitter bahawa beliau berasa “kagum” dengan respons daripada pihak berkuasa. — AFP

Advertisement