Anda di sini

Punca banjir kilat di Kampung Kemunting ditangani

Advertisement
 Muhammad Dino (kiri) bersama pegawai dan kakitangan agensi kerajaan melawat dan meninjau perkembangan projek pembersihan dan mendalamkan Sungai Sebab bagi menangani masalah banjir kilat di Kampung Kemunting.
TURUN PADANG: Muhammad Dino (kiri) bersama pegawai dan kakitangan agensi kerajaan melawat dan meninjau perkembangan projek pembersihan dan mendalamkan Sungai Sebab bagi menangani masalah banjir kilat di Kampung Kemunting.

BINTULU: Permasalahan banjir kilat yang kerap melanda Kampung Kemunting diharap dapat diatasi de-ngan usaha giat pembersihan dan pendalaman Sungai Sebab termasuk pembinaan perparitan yang sistematik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan rumah yang terlibat dengan jajaran projek pembinaan apartmen berdekatan.

Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid berkata, selepas mengadakan dua mesyuarat dengan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkenaan langkah yang diambil untuk mengatasi banjir kilat di Kampung Kemunting maka kami telah menemui langkah penyele-saian segera.

Katanya, langkah itu ialah dengan melaksanakan kerja-kerja mengorek parit dengan apa juga cara, sekalipun terpaksa (melakukan) kerja dalam sungai bagi membina akses mudah aliran air ke Sungai Sebab.

“Kami telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran melaksana projek ini secepat mungkin dan saya bersyukur projek ini telah 30 peratus siap dengan jaraknya lebih kurang satu kilometer,” ujarnya ditemui Utusan Borneo semasa Lawatan Pemantauan dan Pemeriksaan Projek Pembangunan di kawasan Kampung Kemun-ting, Jalan Sebiew dan lokasi tapak pembinaan Junction 9 Apartment di Kampung Kemunting semalam.

Lawatan itu turut disertai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak dan agensi-agensi kerajaan membabitkan JPS, pentadbiran bahagian Bintulu (Pejabat Residen dan Daerah Bintulu), Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU), ketua-ketua masyarakat dan penduduk Kampung Kemunting.

Susulan lawatan itu Dino berkata, pihaknya sekali lagi akan datang meninjau projek pembinaan itu yang juga akan disertai Talib pada 8 November ini untuk melihat perkembangan selanjutnya.

“Kami amat berharap melalui usaha dan pelaksanaan projek itu tiada lagi masalah banjir kilat berlaku di Kampung Kemunting dan perancangan masa depan adalah untuk membina parit konkrit di kawasan kampung itu,” katanya.

Mengenai kos projek kata-nya, pelaksanaan dan kos projek itu adalah di bawah JPS yang mengenal pasti cara bersesuaian menangani permasalahan itu yang mana projek itu dijangka siap pada minggu ini.

Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Kemunting Abu Kassim Hamzah berkata, kerjasama agensi yang terlibat termasuk Pusat Khidmat DUN67 Jepak adalah sesuatu yang baik untuk mencari kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda Kampung Kemunting.

“Projek pembersihan dan kerja-kerja mendalamkan Sungai Sebab amat memuaskan namun dalam tempoh setahun kemungkinan sungai itu akan tertimbus semula oleh tanah dan sebagainya maka amat penting untuk dibina parit konkrit di kawasan aliran air dan sungai itu,” katanya.

“Saya mengharapkan agar pembinaan parit konkrit itu akan dapat dilaksanakan pada tahun depan,” tambahnya.

Terdahulu lawatan itu bertujuan memeriksa pembinaan sistem parit yang sistematik untuk kawasan rumah yang terlibat dengan jajaran pembinaan Junction 9 Apartment oleh pemaju projek BGC Development Sdn Bhd.

Pemantauan bagi projek pembersihan dan pendalaman Sungai Sebab oleh JPS Bahagian Bintulu sebagai satu tindakan lanjut bagi peng-urusan bencana banjir kilat di Kampung Kemunting serta pemeriksaan dan pemantauan ke atas utiliti berkaitan pe-nyambungan paip dari meter hingga ke rumah kediaman yang merentasi lokasi tapak pembinaan serta isu-isu yang berkaitan dengan LAKU Bintulu.

  • oleh
  • Advertisement