Anda di sini

Projek perlu diteliti untuk penyampaian lebih berkesan: Wan Azizah

Advertisement
 Wan Azizah (tengah) ketika bergambar kenangan bersama para deligasi selepas merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) 2019 di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama
PERASMIAN DELEGASI: Wan Azizah (tengah) ketika bergambar kenangan bersama para deligasi selepas merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) 2019 di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Setiap projek kerajaan kini diteliti dan  melalui proses pembidaan dan pemerolehan yang betul, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini adalah untuk memastikan kerajaan boleh mendapat projek yang betul, yang dibina oleh orang yang tepat untuk kualiti yang betul pada harga yang tepat dan disiapkan tepat pada masanya.

“Kami bahawa percaya tadbir urus yang berkesan dalam sektor awam  menggalakkan  penggunaan sumber yang cekap dan penyampaian perkhidmatan yang berkesan,” katanya semasa merasmikan Sidang Kemuncak Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI) ke-5 di sini semalam.

Dr Wan Azizah menegaskan belanjawan berasaskan sifar telah  diperkenalkan untuk mengambil dana daripada program, aktiviti atau projek yang tidak cekap, tidak berkesan dan penuh ketirisan.

Ia sebaliknya disalurkan kepada program, aktiviti atau projek yang memang berfungsi, kata timbalan perdana menteri.

Dr Wan Azizah berkata kebertanggungjawaban, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik adalah norma pentadbiran kerajaan semasa dan agenda keutamaannya.

“Kami bertekad untuk mengubah trend membimbangkan dalam penyalahgunaan kuasa, rasuah dan terlepas daripada hukuman, untuk mengubah negara ke arah Malaysia Baharu berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang, keadilan dan inklusif,” katanya.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga berkata mengiktiraf kepentingan kebebasan Jabatan Audit Negara Malaysia, Jawatankuasa Khas Kabinet Khas mengenai Anti Rasuah bersetuju secara prinsip untuk meningkatkan kebebasan Ketua Audit Negara dengan meminda Akta Audit 1957.

“Meminda akta itu sahaja tidak cukup. Kita juga mesti memastikan kualiti dan kecekapan tugas audit dengan menyediakan pembiayaan yang mencukupi, peralatan dan kemudahan yang relevan, tertakluk kepada ketersediaan belanjawan negara secara keseluruhan,” katanya.

Mengenai SAI, beliau menekankan keperluan penting mewujudkan kerjasama di kalangan  anggota ASEANSAI dalam melaksanakan Pelan Strategik ASEANSAI 2018-2021, termasuk matlamat strategik untuk menyokong pelaksanaan Standard Antarabangsa Institut Tertinggi ASEAN dan amalan baik yang lain.

“Saya berharap SAI Malaysia akan menerajui sumbang saran tentang bagaimana untuk menyelaraskan dan bekerjasama dalam pembelajaran dan perkongsian pengetahuan di peringkat ASEAN,” katanya. — Bernama

Advertisement