Anda di sini

Maxis lancarkan MaxisTV, perkhidmatan hiburan tawar kandungan video premium

Advertisement

KUCHING: Maxis telah melancarkan MaxisTV iaitu sebuah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem ke rancangan TV yang berpatutan dan fleksibel untuk semua.

Platform sehenti ini mudah diakses iaitu melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex.

Maxis TV menawarkan pas video-on-demand (VOD) yang fleksibel dengan data percuma untuk penstriman pada harga yang berpatutan.

Pas VOD Maxis TV ditawarkan dengan pilihan pas 1 hari, 7 hari dan 30 hari dari hanya RM3 sehari.

Ianya dibundel dengan data dan pilihan kandungan video premium meliputi pelbagai genre kegemaran pelanggan termasuk Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan Melayu.

Pembelian pas VOD Maxis TV adalah mudah iaitu dengan mengenakan caj ke bil Maxis atau kredit Hotlink pelanggan.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menonton pelbagai video pada bila-bila masa dan di mana jua.

“Rakyat Malaysia merupakan Digital Native. Mereka suka menonton video serta sukakan pilihan dan fleksibiliti dalam memilih kandungan.

“Pelan yang disediakan Maxis memberi pengguna kesalinghubungan, kandungan dan keperluan perkhidmatan yang sesuai bagi mereka.

“Dengan gaya hidup digital yang terus berkembang, kami membawa pengguna lebih-nilai dan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan Maxis dalam satu kenyataan.

Menurut beliau juga, bagi menyampaikan kandungan yang terbaik dan diminati rakyat, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan terbaik di dunia seperti iFlix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV dan banyak lagi dalam perkhidmatan ini.

“Sebagai platform penemuan sehenti, pelanggan boleh menyemak imbas pilihan mereka dengan mudah menerusi aplikasi mudah alih mereka,” tambah beliau.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis TV, sila tonton https://youtu.be/yyaRTZXsdjg

Untuk membeli pas VOD dan menikmati kandungan terbaik dengan segera atau jika inginkan maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.maxis.my/maxistv.

Advertisement