Anda di sini

Ahli politik penghasut pro-Beijing cedera dalam serangan pisau di Hong Kong

Advertisement
 Penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes semasa menyertai perhimpunan antikerajaan di Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Kim Kyung Hoon/Reuters
TERUS PROTES: Penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes semasa menyertai perhimpunan antikerajaan di Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Kim Kyung Hoon/Reuters

HONG KONG: Seorang ahli politik penghasut pro-Beijing  di Hong Kong tercedera dalam serangan pisau semalam, satu timbal balik dalam keganasan politik terbaharu yang meletus di sebuah bandar raya yang dibelenggu oleh protes prodemokrasi selama beberapa bulan.

Rakaman video yang dipaparkan dalam talian menunjukkan saat ketika serangan itu berlaku.

Seorang lelaki memegang sejambak bunga menghampiri Junius Ho pada pagi semalam ketika ahli politik itu sedang berkempen bersama ahli parti di konstituensinya di Tuen Mun, sebuah pekan di luar bandar Hong Kong berhampiran sempadan de-ngan China.

Lelaki itu menyerahkan bunga kepada Ho, meminta untuk mengambil gambar dan kemudian mengeluarkan sebilah pisau dari begnya sebelum menyerang mangsa di bahagian dada.

Ho dan pembantunya se-gera menghalang lelaki itu yang telah didengari menjerit dalam bahasa Kantonis: “Junius Ho, kamu sampah masyarakat!”

Polis berkata tiga orang tercedera dalam insiden itu, termasuk penyerang.

Satu sumber polis, yang menolak untuk dinyatakan namanya, memberitahu AFP bahawa Ho mengalami kecederaan akibat tikaman di bahagian kiri dadanya serta penyerang itu telah diberkas.

Ho, 57, berada dalam keadaan sedar ketika diusung masuk ke dalam ambulans.

Di samping pemimpin Hong Kong, Carrie Lam dan ketua polis Stephen Lo, Ho telah menjadi salah seorang pegawai yang paling dibenci di kalangan penunjuk pera-saan prodemokrasi.

Beliau sudah lama menjadi salah seorang ahli politik pro-Beijing paling lantang bersuara di bandar raya itu.

Namun beliau menjadi semakin terkenal pada 21 Julai selepas beliau dirakamkan berjabat tangan dengan sekumpulan lelaki di pekan Yuen Long yang telah memukul penunjuk perasaan dengan kayu dan batang besi, menyebabkan 40 orang dimasukkan ke hospital.

Ho juga telah menyampaikan beberapa ucapan menyokong pasukan polis Hong Kong dan menyuara-kan kecaman Beijing terhadap penunjuk perasaan, sering menggunakan bahasa yang kasar.

Pada bulan lepas beliau mengejek seorang anggota perundangan pembangkang yang terkenal sebagai “memakan sosej luar negara” kerana berkahwin dengan seorang wartawan Britain.

Selepas serangan di Yuen Long, pejabat Ho telah digeledah oleh penunjuk pera-saan dan kubur orang tuanya turut dirosakkan.

Hong Kong telah diterbalikkan oleh tunjuk perasaan besar dan semakin ganas selama hampir lima bulan bagi menyeru kebebasan demokratik yang lebih besar dan akauntabiliti oleh pihak polis.

Beijing  dan pihak kepimpinan bandar telah bersikap tegas terhadap tunjuk pe-rasaan, menolak sebarang konsesi.

Dengan tiada penyelesai-an politik yang kelihatan, pergaduhan di jalanan telah meletus antara kedua-dua pihak yang berbeza ideologi dengan frekuensi yang semakin bertambah.

Para penyokong Beijing telah menyerang penentang sepanjang musim panas, selalunya dalam serangan yang disasarkan terhadap pengkritik kerajaan dan ahli politik pembangkang.

Lapan pegawai prodemokrasi telah diserang, termasuk penganjur bantahan Jimmy Sham yang dimasukkan ke hospital pada bulan lepas akibat dipukul oleh lelaki bersenjatakan tukul.

Kumpulan penunjuk pe-rasaan prodemokrasi juga secara rutin memukul penentang ideologi mereka, selalunya dalam keganasan perusuh secara spontan ketika rali.

Pada Sabtu lepas, seorang lelaki telah dipukul hingga pengsan dan dibogelkan di daerah Mongkok.

Beijing tidak menunjukkan kesanggupan bagi memenuhi permintaan penunjuk perasaan dan aktivis tidak menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan jalan raya dengan ketegangan telah berlangsung selama 22 hujung minggu berturut-turut. — AFP

Advertisement