Anda di sini

15 maut dalam serangan di selatan Thailand

Advertisement
 Anggota skuad bom memeriksa tapak serangan di mana pemberontak Islam disyaki menembak mati 15 orang di wilayah Yala, selatan Thailand semalam. — Gambar Tuwaedaniya Meringing/AFP
CARI PETUNJUK: Anggota skuad bom memeriksa tapak serangan di mana pemberontak Islam disyaki menembak mati 15 orang di wilayah Yala, selatan Thailand semalam. — Gambar Tuwaedaniya Meringing/AFP

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan empat lagi tercedera dalam serangan pemberontak Islam yang disyaki di selatan Thailand yang dilanda keganasan, kata jurucakap tentera semalam, angka kematian paling besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Wilayah Melayu-Islam di selatan telah dibelenggu keganasan berdarah yang mengorbankan lebih 7,000 orang sepanjang 15 tahun lepas.

Kelmarin militan menye-rang dua pos pemeriksaan di wilayah Yala yang dikawal anggota sukarela pertahanan awam, melepaskan tembakan ke arah mereka semasa sekumpulan penduduk kampung berhenti untuk bercakap, jurucakap tentera selatan Pramote Prom-in memberitahu AFP.

“Dua belas orang terkorban di tempat kejadian, dua meninggal dunia di hospital serta seorang lagi mati pada pagi tadi,” jelas Pramote, sambil menambah bahawa pemberontak telah merampas beberapa raifal M-16 dan senapang patah dari pos pemeriksaan tersebut.

Kawasan di sekeliling pos pemeriksaan telah ditutup dan sekarang berada di bawah siasatan forensik, katanya.

Pemberontak yang mahu mendapatkan kuasa auto-nomi bagi wilayah yang berbeza dari segi budaya dan bersempadan dengan Malaysia telah menentang negara Thailand yang mempunyai majoriti penduduk beragama Buddha, yang menakluki kawasan tersebut sejak satu kurun lepas.

Konflik tegang itu dicirikan dengan serangan balas balik yang selalunya menyasarkan simbol negara Thailand dan pasukan keselamatannya namun warga awam daripada kedua-dua komuniti Islam dan Buddha sering terpe-rangkap dalam insiden tembak-menembak.

Serangan semalam menandakan usaha terancang paling besar “dalam satu tempoh yang sangat panjang”, kata Don Pathan, seorang pakar mengenai apa yang dikenali sebagai “jauh di selatan”.

Insiden semakin kurang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun serangan adalah “lebih teruk”.

“Ia merupakan satu per-ingatan bahawa mereka masih berada di sini,” kata Pathan.

Pemberontak menuduh kerajaan mahu menghakis budaya mereka yang berbeza termasuk menjalankan penganiayaan secara rutin yang terlepas daripada hukuman.

Keganasan semalam mun-cul berbulan-bulan selepas kematian seorang lelaki Islam, Abdulloh Esormusor, yang berada dalam keadaan koma selepas disoal siasat di sebuah pusat tahanan ter-kenal di Thailand.

Suspek telah dibawa secara rutin untuk disoal siasat dan ditahan di bawah undang-undang darurat di pusat tahanan di mana kumpulan hak asasi telah mendokumenkan penyeksaan.

Beberapa hari selepas pe-nahanan Abdulloh, empat orang terbunuh dalam sera-ngan pada lewat malam ke atas pos pemeriksaan tentera, mencetuskan spekulasi me-ngenai serangan membalas dendam.

Seminggu kemudian beberapa bom kecil meletup di Bangkok, mencederakan empat orang ketika ibu kota tersebut menjadi tuan rumah kepada persidangan besar dihadiri para diplomat kanan, termasuk setiausaha negara Amerika Syarikat Mike Pompeo.

Thailand telah mengait-kan pengeboman dengan kumpulan pemberontak selatan dan menyatakan alat yang digunakan adalah sama dengan yang ditemui di selatan – walaupun tidak ada kumpulan yang pernah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. — AFP

Advertisement