Anda di sini

Mahkamah Turki bebas dua wartawan terkenal

Advertisement
 Nazli Ilicak disambut dengan pelukan oleh ahli keluarga yang gembira selepas                    pembebasannya dari penjara di Istanbul, Turki kelmarin. — Gambar Yasin Akgul/AFP
GEMBIRA: Nazli Ilicak disambut dengan pelukan oleh ahli keluarga yang gembira selepas pembebasannya dari penjara di Istanbul, Turki kelmarin. — Gambar Yasin Akgul/AFP

ISTANBUL: Sebuah mahkamah Turki kelmarin me-ngarahkan pembebasan di bawah pengawasan terhadap dua wartawan terkenal yang dipenjarakan kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa yang gagal pada 2016 di negara ini.

Ahmet Altan dan Nazli Ilicak meninggalkan penjara pada petang kelmarin di mana mereka telah menjalani hukuman masing-masingnya selama 10 tahun enam bulan dan lapan tahun sembilan bulan kerana “membantu sebuah kumpulan pengganas”, lapor agensi berita rasmi Anadolu.

Mereka diarah untuk dibebaskan bagi tempoh hukuman yang telah dijalani – kira-kira tiga tahun setiap seorang. Kedua-duanya turut diarah tidak meninggalkan negara.

Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas pimpinan ulama Islam Fethullah Gulen yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), dituduh oleh Ankara sebagai mengarahkan rampasan kuasa yang gagal menyasarkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Altan dan Ilicak, kedua-duanya merupakan intelek-tual yang disegani di Turki, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2018, namun mahkamah tinggi rayuan jenayah me-nolak  keputusan itu pada Julai tahun ini.

Mahkamah Kasasi berkata mereka tidak sepatutnya dibicarakan bagi cubaan rampasan kuasa, tetapi sebaliknya bagi tuduhan “membantu sebuah kumpulan pengganas”, yang membawa kepada tempoh hukuman penjara yang lebih singkat.

Erdogan menuduh bekas sekutu yang menjadi musuh Gulen mengarahkan cubaan rampasan kuasa itu dan menyenaraikan penglibatannya sebagai sebuah organisasi “pengganas”.

Gulen telah menafikan sepenuhnya sebarang penglibatan dalam ranca-ngan rampasan kuasa yang gagal.

Altan, 69, adalah seorang novelis dan wartawan yang mengasaskan akhbar pembangkang Taraf, yang telah ditutup.

Adik lelakinya, wartawan Mehmet Altan, telah dibebaskan oleh mahkamah kelmarin selepas dibebaskan pada tahun lepas.

Ilicak, 74, merupakan seorang bekas ahli parlimen yang menulis bagi akhbar utama termasuk Hurriyet.

Ahmet Altan dan Ilicak telah menafikan sebarang penglibatan dalam rampasan kuasa yang gagal, mengecam tuduhan sebegitu sebagai “keterlaluan”.

Mereka telah dituduh menghantar “mesej bawah sedar” bahawa penggulingan kerajaan adalah pasti akan berlaku semasa satu panel yang disiarkan di televisyen dihoskan oleh Ilicak.

Semasa pembebasannya, dikelilingi oleh ahli keluarga dan  penyokong yang gembira, Altan memberitahu wartawan bahawa “sejak awal lagi, tiada apa-apa. Tidak ada bukti. Bagaimana jenayah sebegitu boleh berlaku dan kenapa saya mahu melakukan perkara sebegitu?”.

Sebelum itu semasa perbicaraan mahkamah Altan telah bersikap tenang, menurut media Turki, menyatakan: “Sekiranya kamu mahu terus mena-han saya di dalam penjara, tahanlah selama mana yang kamu mahu. Saya tidak gentar.”

“Saya lebih suka menghabiskan separuh hidup saya di dalam penjara berbanding dengan berserah kepada ke-takutan,” tambahnya.

Altan dan Ilicak ditangkap semasa satu tindakan beramai-ramai terhadap wartawan yang menyusuli cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Altan telah menulis sebuah buku mengenai masa beliau di dalam penjara yang bertajuk “I Will Never See the World Again”.

Turki berada di tangga ke-157 daripada 180 negara dalam indeks Kebebasan Media Sedunia 2019 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders. — AFP

Advertisement