Anda di sini

KEMAS tidak mahu ketinggalan aplikasi IR4.0

Advertisement
 Zamri (duduk tiga kiri), Khairul (dua kiri), Aspalela (kanan) dan tetamu lain                     menyaksikan persembahan daripada kanak-kanak pada program itu.
ADA BAKAT: Zamri (duduk tiga kiri), Khairul (dua kiri), Aspalela (kanan) dan tetamu lain menyaksikan persembahan daripada kanak-kanak pada program itu.

LIMBANG: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) turut mengaplikasi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan pendidikan abad ke-21, dengan mengguna pakai modul STREAM (Sains, Teknologi, Agama, Kejuru-teraan, Seni dan Matematik) dalam pembelajaran.

Pengarah KEMAS Negeri Sarawak Zamri Mustajab berkata, KEMAS Sarawak memilih tema minyak dan gas manakala Tabika KEMAS Taman Sepakat Jaya Kuching dipilih sebagai tabika rintis untuk projek ini yang akan menggunakan modul sama secara sepenuhnya pada 2020 nanti.

“Projek ini adalah kerja-sama dengan pakar industri dan pakar ilmiah seperti KEMAS Sarawak, rakan strategik kita UNIMAS, Pe-tronas, Petrosains dan Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya pada Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Taska/Tabika KEMAS Parlimen Limbang di sini, kelmarin.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Limbang Aspalela Shamuni, Pegawai KEMAS Bahagian Mohd Khairul Amree Abdul Rahman dan tetamu lain.

Zamri menjelaskan lagi, Malaysia antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0.

Beliau berkata, salah satu teras utama dalam Revolusi Industri 4.0 adalah kecerdasan buatan atau AI.

“Menerusi AI, sesuatu sistem dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital.

“Selain itu, teknologi Robotik Automasi pula berke-upayaan beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia,” jelasnya.

Jelasnya, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilakukan dengan memberi pendedahan kepda pelajar bermula dari peringkat prasekolah hingga ke universiti tentang Revolusi 4.0.

Para pelajar menurutnya, diberi pengetahuan secukup-nya untuk membangunkan teknologi contohnya menghasilkan kod dan algoritma serta pembangunan sistem  aplikasi yang kini mudah untuk dibangunkan murid seawal peringkat prasekolah.

Beliau memberitahu lagi, Tabika KEMAS pernah diiktiraf majalah Reader’s Digest Asia pada 2017 sebagai Jenama Tabika Paling Dipercayai oleh ibu bapa (melalui undian).

“Dari segi kelayakan guru Tabika dan Taska KEMAS juga, majoriti guru iaitu 75 peratus adalah lepasan Diploma (S29-1291 orang atau S19-441 orang).

“Jabatan merancang untuk mendiplomakan semua guru di Tabika dan Taska KEMAS pada masa akan datang,” ujarnya.

Kata beliau lagi, 7,663 kanak-kanak berusia enam tahun menamatkan pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negeri Sarawak dan taska untuk kanak-kanak empat tahun adalah 581 orang.

Manakala bagi Parlimen Limbang, 169 kanak-kanak terlibat pada majlis itu kelmarin.

  • oleh
  • Advertisement