Anda di sini

CMSB rai anugerah ‘BrandLaureate - Conglomerate Award 2019’

Advertisement
 Isaac Lugun menerima Anugerah BrandLaureate 2019.
CIPTA VISI BAHARU: Isaac Lugun menerima Anugerah BrandLaureate 2019.

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) meraikan anugerah berprestij yang menjadi rebutan iaitu ‘BrandLaureate - Conglomerate Award 2019’ yang dimenangi pihaknya baru-baru ini.

Pihak CMSB bukan sahaja mencapai visi untuk menjadi ‘Kebanggaan Sarawak’ tetapi juga mencipta visi baharu iaitu untuk menjadi antara syarikat yang paling dikagumi di negeri ini.

The World Brands Foundation telah menyampaikan ‘Anugerah Jenama Terbaik Dunia BrandLaureate 2019 - Conglomerate’ kepada Pengarah Urusan Kumpulan CMSB Dato Isaac Lugun di dalam sebuah majlis yang diadakan di Singapura pada 31 Oktober lalu.

Isaac di dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, syarikat CMS telah berusaha dengan gigih untuk memberikan kecemerlangan mutlak kepada semua pemegang berkepentingan mereka.

“Ini termasuk pelanggan, rakan kongsi, pekerja atau komuniti tempat mereka beroperasi,” katanya.

Penerima anugerah dinilai berdasarkan tujuh kriteria iaitu kekuatan dan prestasi jenama, inovasi dalam pembangunan produk dan kaitan produk, faktor penglibatan jenama dengan pelanggannya, keupayaan untuk mempengaruhi industri dengan kepakaran dan pengetahuannya.

Kriteria lain adalah keupayaan untuk mempengaruhi dan memberi kesan kepada masyarakat melalui produk dan perkhidmatannya, jenama dihormati oleh pesaing dan diikuti dengan inisiatifnya dan sumbangan kepada industri, masyarakat dan pembangunan negara.

“Untuk tahun ini sahaja kami telah memenangi anugerah CSR global sekali gus mengekalkan kedudukan FTSE4Good kami dan kini kami menambah BrandLaureate ke senarai penghargaan kami.

“Anugerah ini merupakan bukti komitmen dan dedikasi semua kakitangan CMS, dan untuk menerima anugerah pada malam ini bagi pihak mereka adalah satu penghormatan buat saya,” Isaac.

Advertisement