Anda di sini

Ascensia, Alpro Pharmacy lancar pelan langganan pengurusan diabetes pertama Malaysia

 Endokrinologi Dr. Chooi Kheng Chiew, Pengarah Penjenamaan, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy Ph. Lee Yin Chen, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia Maximillian Lim, Zeff Tan dan Kelly Gan, semasa sesi dialog mengenai ‘Importance of Effective Diabetes Self-Management’ yang diadakan sempena pelancaran sugO365.
SESI DIALOG: Endokrinologi Dr. Chooi Kheng Chiew, Pengarah Penjenamaan, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy Ph. Lee Yin Chen, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia Maximillian Lim, Zeff Tan dan Kelly Gan, semasa sesi dialog mengenai ‘Importance of Effective Diabetes Self-Management’ yang diadakan sempena pelancaran sugO365.

KUALA LUMPUR: Sebagai usaha untuk menangani keperluan akses dan kemampuan dalam pengurusan diabetes, Ascensia Diabetes Care (Ascensia) bersama Alpro Pharmacy, sebuah rangkaian farmasi terkemuka tempatan telah melancarkan sugO365, sebuah pelan langganan diabetes yang pertama di Malaysia, untuk meraikan Hari Diabetes Sedunia.

sugO365, yang telah diilhamkan oleh sekumpulan individu terlatih dan berwawasan dalam industri penjagaan kesihatan negara, merupakan sebuah platform inovatif yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang menghidapi diabetes keupayaan untuk menguruskan dan mempelajari bagaimana untuk mengawal keadaan diabetes mereka secara berkesan melalui penggunaan teknologi digital.

Bercakap pada pelancaran sugO365, Pengarah Urusan Ascensia Diabetes Care Malaysia Maximillian Lim berkata, “Pemantauan glukosa darah (SMBG) merupakan aspek penting bagi mereka yang hidup dengan diabetes.

“Sebagai peneraju penyedia solusi penjagaan diabetes yang terkemuka di dunia, kami komited untuk memudahkan kehidupan individu dengan diabetes, memperkasakan mereka untuk menjaga kesihatan mereka. Menerusi sugO365, penghidap diabetes boleh memberi tumpuan terhadap perkara yang paling penting: kawalan diabetes mereka,” katanya.

Menurut Lim, Ascensia baru-baru ini telah menganjurkan kajian diabetes yang mendapati mereka yang menghidapi diabetes berasa patah semangat untuk memantau glukosa darah disebabkan oleh kos yang terlibat.

Kajian yang dijalankan juga mendapati lebih 50 peratus daripada responden yang menghidap diabetes percaya bahawa tanggungjawab utama pengurusan penyakit itu adalah di bahu para doktor, bukannya pesakit.

“Kami percaya bahawa pelan langganan ini akan menangani isu kemampuan dan akses kepada maklumat yang tepat dan terkini. Dengan itu, kami berharap untuk memperkasakan individu dengan diabetes untuk mengawal keadaan penyakit mereka,” katanya.

 Lee Yin Chen dan Maximilian Lim semasa pelancaran sugO365, sebuah pelan langgangan diabetes yang pertama di Malaysia.
LANCAR: Lee Yin Chen dan Maximilian Lim semasa pelancaran sugO365, sebuah pelan langgangan diabetes yang pertama di Malaysia.

sugO365 datang dengan empat pelan yang berbeza - sugOTrial, sugOVIP, sugOCOMBO and sugOMAX, eksklusif untuk pesakit diabetes melitus jenis 1. Selepas mendaftar, pelanggan akan diberikan satu sistem pemantauan glukosa darah COUNTOUR®PLUS ONE secara percuma. Peranti tersebut mempunyai fungsi tanpa wayar dengan keterhubungan Bluetooth serta boleh berhubung dengan aplikasi pada telefon pintar dengan mudah dan lancar.

Aplikasi berkenaan akan menghimpun, menyimpan dan menganalisis bacaan glukosa darah pelanggan pada masa sebenar. Melalui aplikasi yang mudah digunakan ini, pelanggan akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana aktiviti harian mereka boleh mempengaruhi keputusan glukosa darah yang seterusnya mungkin menjejaskan pengurusan diabetes mereka.

Pelanggan sugO365 juga akan mendapat penjagaan khusus daripada profesional penjagaan kesihatan bertauliah Alpro Pharmacy termasuk ahli farmasi, pakar pemakanan dan dietitian, melalui perbualan dalam taliasecara langsung (LIVE CHAT) dan konsultansi bersemuka. Terdapat juga webinar dan panduan penjagaan kesihatan diabetes kepada pelanggan.

Menurut Pengarah Penjenamaan, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro Pharmacy Ph. Lee Yin Chen, Persatuan Diabetes Amerika Syarikat (ADA) menganggarkan kos perubatan individu yang hidup dengan diabetes adalah kira-kira RM71,000 (AS$16,750) setahun dan daripada jumlah itu, RM4,100 (AS$9,601) berpunca daripada rawatan diabetes. Angka ini adalah lebih daripada dua kali ganda kos perubatan yang ditanggung oleh mereka tanpa diabetes.

“Menerusi sugO365, kami mampu membantu mengurangkan beban pesakit yang berhadapan dengan perbelanjaan diabetes yang tinggi. Paling penting, mereka akan dapat akses kepada maklumat yang tepat hanya di hujung jari mereka.

“Melangkah ke hadapan, kedua-dua Ascensia dan Alpro akan terus membawakan lebih banyak ciri-ciri kepada pelan langganan ini. Matlamat utama kami adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjaga kehidupan mereka sendiri dan menggalakkan mereka yang tersayang untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

SugOVIP, pelan paling komprehensif di bawah sugO365, ditawarkan pada harga RM360 ke atas bagi tempoh setahun dan boleh dilanggani oleh semua ahli Alpro Pharmacy. Bersempena dengan pelancaran pelan  sugO365, pelanggan Alpro Pharmacy yang berjaya melanggan Insurans MSIG Gluco SafeGuard semasa tempoh kempen akan layak menerima pakej sugOVIP yang bernilai RM360 secara percuma.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sug0365, sila layari www.sugo365.com.my atau berkunjung ke Alpro Pharmacy yang berhampiran.