Anda di sini

Penduduk Lubnan terus adakan bantahan di Tripoli

Advertisement
 Penunjuk perasaan berteriak semasa protes di Tripoli, Luban, kelmarin. — Gambar Reuters
BANTAH: Penunjuk perasaan berteriak semasa protes di Tripoli, Luban, kelmarin. — Gambar Reuters

TRIPOLI: Ribuan penduduk Lubnan berkumpul beramai-ramai di Tripoli kelmarin, menurut seorang wartawan AFP, bagi menghidupkan sebuah pergerakan bantahan di sebuah bandar utara dikenali sebagai “pengantin revolusi”.

Di sebalik reputasinya bagi fahaman konservatif, Tripoli yang miskin telah muncul sebagai sebuah pusat perayaan bagi tunjuk perasaan antirasuah di sekitar Lubnan sejak 17 Oktober.

Pergerakan itu telah kehilangan momentumnya di ibu negara sejak perubahan kerajaan pada minggu ini, namun di bandar Tripoli yang majoriti Sunnah pada lewat kelmarin ia masih lagi berterusan dengan kukuh.

Di dataran utama, penunjuk perasaan mengibarkan bendera Lubnan dan mengangkat tinggi telefon bimbit mereka sebagai lampu suluh, sebelum menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai, menurut wartawan itu.

“Semua orang bermakna semua orang,” tertulis pada sebuah poster, menunjukkan satu slogan biasa yang menyeru kepada semua pemimpin politik dari seluruh spektrum perkauman agar meletakkan jawatan.

Ramai orang yang datang dari bahagian lain di negara ini untuk turut serta.

Ragheed Chehayeb, 38, menyatakan beliau telah memandu dari pekan tengah Aley.

“Saya datang ke Tripoli untuk berada di samping mereka kerana mereka adalah satu-satunya pihak yang meneruskan revolusi,” jelas beliau.

Leila Fadl, 50, menyatakan beliau telah datang dari pekan Syiah Nabatiyeh di selatan Beirut ke Tripoli bagi menunjukkan sokongan beliau.

“Kami berasakan permintaan adalah sama, penderitaan adalah serupa,” kata beliau.

Di Tripoli, lebih dari separuh hidup dalam atau di bawah garis kemiskinan serta 26 peratus mengalami kemiskinan ekstrem, menurut satu kajian PBB pada 2015.

Pada Selasa lepas Perdana Menteri Saad Hariri mengumumkan kabinet beliau akan meletakkan jawatan.

Namun ia masih belum jelas bagaimana rupa kerajaan baharu dan sekiranya ia akan memenuhi permintaan penunjuk perasaan bahawa ia turut melibatkan pakar bebas.

Jalan raya dan bank telah dibuka semula selepas kelumpuhan negara selama hampir dua minggu.

Fahmy Karame, 49, menyeru bagi satu “solusi segera terhadap krisis ekonomi.”

“Kami sedang menunggu bagi sebuah kerajaan teknokrat,” kata beliau.

Di ibu negara Lubnan, beratus-ratus orang melakukan tunjuk perasaan pada petang Sabtu selepas hujan seharian.

“Jatuhkan pemerintahan bank pusat,” laung mereka dengan lantang, sambil bertepuk tangan berhampiran ibu pejabat institusi.

Perkembangan ekonomi di Lubnan telah terjejas sejak beberapa tahun semasa kemunculan krisis politik berturutan, dibelenggu oleh perang sivil selama lapan tahun di negara jiran Syria. — AFP

Advertisement