Anda di sini

Sekitar 2,500 rumah mampu milik akan dilancar

Advertisement
 Sim (tengah) ditemani Chia (kiri) memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Galeri Jualan Jyrah Realty Sdn Bhd di Jalan Stutong Baru di Kuching semalam.
PERASMIAN: Sim (tengah) ditemani Chia (kiri) memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Galeri Jualan Jyrah Realty Sdn Bhd di Jalan Stutong Baru di Kuching semalam.

KUCHING: Sekitar 2,500 unit rumah mampu milik akan dilancarkan di antara tahun ini dan tahun hadapan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau turut menambah bahawa ia telah menjadi tujuan yang paling utama oleh kerajaan negeri untuk menyediakan pilihan kediaman mampu milik bagi rakyat di negeri ini.

“Kediaman merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh setiap orang di dalam mana-mana negara dan kerajaan Sarawak telah memulakan inisiatif perumahan kita sendiri iaitu sekurang-kurangnya 2,500 unit akan dilancarkan di antara tahun ini dan tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Galeri Jualan Jyrah Realty Sdn Bhd di Jalan Stutong Baru semalam.

Bagaimanapun, pihak kami sudah sedia maklum bahawa terdapat kekangan kewangan justeru bagi unit rumah mampu milik ini kerajaan negeri akan laksanakan menerusi  Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd bagi memberi pinjaman kepada mereka yang membeli unit kediaman tersebut, jelasnya lagi.

Beliau turut memuji Jyrah Realty Sdn Bhd kerana menjual unit rumah yang boleh dibeli di bawah RM300,000 serta berasakan lebih banyak pilihan boleh direka dengan kerjasama di antara sektor swasta dan awam bersama.

Kediaman perlu dibangunkan bersama di antara sektor swasta dan awam dan kerajaan tidak berupaya untuk membuat semuanya sendiri. Dengan Jyrah Realty Sdn Bhd, menawarkan Stutong Tiarra 2 dengan harga kurang daripada RM300,000 untuk unit kecil, itu adalah sesuatu yang indah yang telah dilakukan mereka.

“Sementara itu, kerajaan negeri akan sentiasa mencari jalan untuk menyediakan kediaman mampu milik bagi setiap orang, yang mana kita perlu melihat polisi bagaimana untuk menyedia-kan kediaman untuk lepasan graduan.

“Kerajaan negeri tahu kos sara diri semakin meningkat dan wang pendapatan tidak berupaya menampung ia, jadi kita ambil langkah proaktif untuk menggubal polisi baru bagi membantu graduan baru untuk mendapatkan tempat tinggal,” tegas beliau lagi.

Turut hadir sama adalah Pengarah Jyrah Realty Sdn Bhd, Datin Chia Lian Ney.

  • oleh
  • Advertisement