Anda di sini

Kematian pelancong Britain akibat lemas yang tidak disengajakan: Polis Kemboja

Advertisement
 Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukkan Bambridge                        di dalam kereta api di Berlin, Jerman pada Mac 2019. — Gambar Hannah Clark/Reuters
TINGGAL KENANGAN: Gambar diperolehi daripada media sosial menunjukkan Bambridge di dalam kereta api di Berlin, Jerman pada Mac 2019. — Gambar Hannah Clark/Reuters

PHNOM PENH: Seorang pelancong berusia 21 tahun dari Britain yang mayatnya dijumpai terapung di laut perairan pantai Kemboja telah lemas dalam satu kejadian yang tidak di-sengajakan, kata seorang pegawai kelmarin, dan menolak perbuatan khianat selepas usaha mencarinya selama berhari-hari menjadi berita antarabangsa utama.

Pengembara Amelia Bambridge hilang dengan penuh misteri di selatan Kemboja pada 24 Oktober lalu setelah menyertai pesta pantai larut malam di Pulau Koh Rong.

Dia tidak mendaftar keluar dari hostelnya, dan tidak lama kemudian ahli keluarganya dan lebih 100 anggota pasukan keselamatan mencarinya di laut dan hutan berhampiran.

Polis akhirnya menjumpai mayatnya pada Khamis lepas dekat sempadan Thai, kira-kira 70 kilometer dari tempat kehilangannya, tetapi kes itu disahkan sebagai satu ke-malangan.

“Dia mati lemas,” kata Kheang Phearum, jurucakap bagi pentadbiran wilayah Preah Sihanouk, kepada AFP.

“Tidak ada tanda kesalahan jenayah. Mayat sudah diserahkan kepada keluarga-nya.”

Koh Rong, yang memerlu-kan perjalanan feri selama dua jam dari bandar pesat membangun Sihanoukville, adalah popular di kalangan pengembara kerana rumah tetamunya yang murah, bar tepi pantai dan matahari senja yang indah.

Ekonomi negara Asia Tenggara itu banyak bergantung kepada pelancongan dan amnya dianggap selamat bagi pengembara.

Namun jenayah yang me-libatkan orang asing dari semasa ke semasa menjadi bahan berita utama.

Pada bulan lepas sebuah mahkamah di Kemboja mendakwa tiga lelaki atas tuduhan merogol seorang pelancong Perancis secara beramai-ramai di wilayah tepi pantai Kampot selepas menawarkan tumpangan untuknya di dalam kereta mereka. — AFP

Advertisement