Anda di sini

Kaledi menawarkan jubin berkualiti tinggi dalam jualan akhir tahunnya

Advertisement
 Ruang pameran Kaledi yang moden di Eastwood Valley Industrial Park, Miri.
DATANGLAH: Ruang pameran Kaledi yang moden di Eastwood Valley Industrial Park, Miri.
 Jubin dinding yang memiliki motif and corak yang unik.
HANYA DI SINI: Jubin dinding yang memiliki motif and corak yang unik.

MIRI: Para pelanggan yang ingin mendapatkan jubin seramik berkualiti tinggi boleh mendapat penjimatan hebat daripada Kaledi Sdn Bhd (Kaledi) yang kini sedang menganjurkan jualan akhir tahun yang bermula 4 hingga 16 November.

Bertempat di Eastwood Valley Industrial Park, Kaledi menyediakan ruang pameran yang moden di mana setiap sampel jubin dengan corak dan saiznya tersendiri disusun kemas untuk para pelanggan mengamati dan memilihnya. Diskaun sehingga 40 peratus ditawarkan sepanjang tempoh ini.

Sebagai peneraju dalam pasaran jubin di Miri, Kaledi menawarkan pelbagai jenis jubin lantai dan jubin dinding buatan Malaysia yang menggabungkan corak tradisional dan moden dengan jenama seperti Kimgres, White Horse, MML, Niro and Guocera.

“Jubin daripada permis kami juga banyak digunakan dalam projek infrastruktur dari kediaman persendi-rian ke hartanah komersil di Miri,” kata seorang jurucakap syarikat.

Selain jubin, syarikat juga mengkhusus dalam aksesori bilik mandi dan dapur serta lantai lamina (laminate flooring).

Aksesori dapur dan bilik mandi termasuk dapur memasak, penyedut asap, sinki, paip air, kepala pancuran dan mangkuk tandas ditawarkan pada diskaun sehingga 50 peratus sepanjang tempoh jualan ini.

Kaledi Sdn Bhd adalah syarikat tempatan yang mengkhusus dalam bahan binaan dan perumahan.

Sejak penubuhannya sebagai sebuah kedai perkakasan kecil yang  pada tahun 1981, Kaledi telah berkembang maju menjadi pembekal dan peruncit jubin dan aksesori rumah antara yang terbesar di Miri.  

Untuk maklumat lanjut dan maklumat lanjut, sila hubungi 085-418973 atau 085-418959 atau lawati laman Facebooknya dengan menaip ‘Kaledi Gallery’. Bilik pa-meran dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang (dari Isnin hingga Jumaat) dan jam 8 pagi hingga 4 petang pada setiap hari Sabtu.

Advertisement