Anda di sini

Jyrah Realty lancar dua blok pangsapuri  Stutong Tiarra 1

Advertisement
 Sim (enam kanan) dan Chia (lima kanan) bersama yang lain ketika melihat pembangunan  fasa kedua Stutong Tiarra 2 yang dikendalikan pihaknya.
SEDANG DIBINA: Sim (enam kanan) dan Chia (lima kanan) bersama yang lain ketika melihat pembangunan fasa kedua Stutong Tiarra 2 yang dikendalikan pihaknya.

KUCHING: Jyrah Realty Sdn Bhd semalam telah melancarkan dua blok pangsapuri tujuh tingkat Stutong Tiarra 1 di Jalan Stampin Baru.

Ia merupakan pembinaan yang dibangunkan pemaju dalam fasa pertama projek sejak tahun 2017 dan telah siap sepenuhnya serta masih menunggu Occupation Permit (OP).

Setiap projek yang dibangunkan pihaknya boleh dilawati di galeri jualan yang telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau sendiri telah mengadakan lawatan kerja untuk melihat secara dekat projek pangsapuri Stutong Tiarra 1 itu semalam ditemani Pengarah Jyrah Realty Sdn Bhd, Chia Lian Ney.

Menurut sumber pihaknya, turut mengumumkan bahawa setiap pembeli yang telah membeli unit pangsapuri  itu sudah boleh mula mendiami rumah masing-masing walaupun OP masih di dalam proses setakat ini.

Bagi pembangunan projek fasa kedua pihaknya akan membangunkan Stutong Tiarra 2 iaitu dua blok dengan 260 unit pangsapuri termasuk lapan unit komersil.

Semalam Sim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa telah diberikan taklimat berkaitan fasa kedua pembangunan itu yang sedang dalam proses pembinaan.

Bersempena dengan pembukaan galerinya yang terletak di tingkat bawah, Lot 17634, Aeroville Commercial Centre, Jalan Stutong Baru di sini, pihaknya memberi rebat bagi pembelian RM10,000 ke atas sepanjang November.

Kemudahan seperti Gim, Kolam Renan untuk dewasa dan kanak-kanak, sebuah taman bagi kegiatan riadah dan sebuah ruang rehat bagi mereka yang mendiami unit miliknya.

Lapan unit komersil akan ditempatkan di Blok A yang akan diuruskan oleh pihak pemaju menyediakan perkhidmatan moden seperti dobi, kedai kopi, pusat asuhan kanak-kanak dan lain-lain jenis perkhidmatan.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Galeri Jualan Jyrah di talian 082-413178 atau 013-8162010.

Advertisement