Anda di sini

Tenaga hidro diperbaharui pilihan terbaik bagi pembangunan mampan Sarawak

Advertisement
 Sharbini (dua kiri) menyertai barisan ahli panel pada SIEW 2019 di Singapura.
FORUM: Sharbini (dua kiri) menyertai barisan ahli panel pada SIEW 2019 di Singapura.

SINGAPURA: Sarawak Energy merupakan sebahagian daripada  wacana kepimpinan pemikiran tahap tinggi mengenai penyelesaian tenaga diperbaharui bagi Asia Tenggara pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2019 yang baharu berakhir.

 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili merupakan salah seorang ahli panel para sesi Forum Agensi Tenaga Antarabangsa bertajuk ‘Peluang dan Cabaran dalam Landskap Tenaga Asia Tenggara’.

Ahli panel lain terma-suklah Thomas Baudlot, Ketua Kewangan Strategi dan Perniagaan Baharu bagi ENGIE Asia Tengara Dr Vijay Swarup, Naib Presiden Kajian Pembangunan ExxonMobil Research and Engineering Company dan ramai lagi.

Sharbini berkongsi dengan sesi panel mengenai bagaimana tenaga hidro diperbaharui kekal sebagai pilihan terbaik bagi pembangunan mampan Sarawak dan bagaimana ia menyumbang kepada matlamat negara untuk mengurangkan pelepasan gas.

 Sharbini turut menekankan bahawa intersambungan harus menjadi sebahagian daripada penyelesaian bagi berkongsi penjanaan elektrik bagi sumber tenaga diperbaharui.

“Di Sarawak, kami menuai sumber tenaga hidro diperbaharui untuk pembangunan tenaga dan ini sekarang menjadi sebahagian daripada campuran janaan dilengkap-kan dengan gas arang asli bagi keselamatan tenaga,” katanya.

Terdahulu Sharbini menghadiri perbincangan meja bulat CEO anjuran Kumpulan Kuasa Singapura sebagai sebahagian pemimpin tenaga berwibawa dan pembuat keputusan mengenai landskap tenaga.

Naib presiden bagi elektrikfikasi luar bandar Sarawak Energy, Dr Chen Shiun, juga bercakap pada SIEW 2019.

 Sehari sebelum itu, Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Chan Chun Sing  merasmikan pembukaan SIEW. SIEW 2019 di Pusat Konvensyen dan Ekspo  Sands, Marina Bay Sands di sini.

Advertisement