Anda di sini

Pameran Rumah dan Hartanah Kedua 2019 tampil pelbagai tawaran menarik

Advertisement
 Pameran Rumah dan Hartanah Kedua 2019 yang sedang berlangsung di East Atrium, Vivacity Megamall.
JOM DATANG: Pameran Rumah dan Hartanah Kedua 2019 yang sedang berlangsung di East Atrium, Vivacity Megamall.

KUCHING: Pameran Rumah dan Hartanah Kedua 2019 yang bermula semalam dan berakhir esok di East Atrium, Vivacity Megamall menyaksikan pelbagai tawaran menarik untuk pemili-kan rumah dan pelaburan daripada pemaju dan ejen hartanah.

Menurut kenyataan akhbar Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Ku-ching semalam, pameran itu juga bakal menyaksikan ‘Next Big Chef’ (NBC) - Cabaran Pemaju’ yang julung kali diadakan hari ini, mulai jam 2 petang.

Ia dianjurkan oleh Sen-dayan Group dengan UCSI University di mana enam pasukan pemaju hartanah akan bersaing untuk men-dapat gelaran NBC.

Aktiviti lain termasuk cabutan bertuah ‘Buy & Win’ untuk pembeli yang membuat pembelian seba-nyak RM1,000 ke atas untuk melayakkan diri memenangi TV LED 40’, peralatan elek-trik, hamper dan baucar makanan.

Advertisement