Anda di sini

Hup Seng Furniture Showroom adakan ekspo perabot hingga 10 November

Advertisement
 Ekspo perabot Hup Seng Furniture Showroom di tingkat bawah Star Mega Mall.
TAWARAN MENARIK: Ekspo perabot Hup Seng Furniture Showroom di tingkat bawah Star Mega Mall.

SIBU: Hup Seng Furniture Showroom mengadakan ekspo perabot selama 10 hari di tingkat bawah Star Mega Mall.

Jurucakap juala Teresa Joan Lau berkata ekspo bermula dari 1 hingga 10 November ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Ekspo kali ini tumpuan utama mempromosikan sofa aqua clean dengan fabrik dari negara Sepanyol. Sofa ini mesra haiwan dan mudah untuk dibersihkan,” jelasnya.

Lau berkata pelbagai pilihan warna fabrik boleh dipilih kepada pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan sofa.

Sementara itu, pelanggan yang membuat deposit untuk setiap pembelian perabot mereka juga berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah.

“Setiap deposit RM500 untuk satu resit pembelian akan mendapat satu tiket cabutan bertuah,” ujarnya.

Lau berkata cabutan bertuah sah bermula 1 Ogos 2019 hingga 1 Mac 2020.

Advertisement