Anda di sini

Cef Gerald terajui dapur Hotel Pullman Miri Waterfront dengan pengalaman hebat

Advertisement
 Cef Gerald bersedia memberikan sajian makanan hebat kepada tetamu di restoran Hotel Pullman Miri Waterfront.
TERAJU: Cef Gerald bersedia memberikan sajian makanan hebat kepada tetamu di restoran Hotel Pullman Miri Waterfront.

MIRI: Bersama ilmu dan pengalaman yang ditimba ketika bertugas sebagai tukang masak di beberapa buah negara termasuk Singapura, Perancis, Sepanyol, China dan Jepun, Cef Gerald Then Tze Yew, 44, atau lebih dikenali sebagai Cef Gerald, menerajui dapur Hotel Pullman Miri Waterfront sekembalinya ke tanah air.

Cef Gerald berasal dari Kuching dan membesar bekerja di dapur bersama ibu beliau yang juga merupakan seorang cef profesional bagi perniagaan keluarga mereka. Ini sedikit sebanyak telah menanam semangat beliau untuk terus memperkembangkan minat dan menceburi bidang kulinari.

Beliau memulakan kerjaya profesional di Singapura pada tahun 1994 dengan perantisan di Westin Stamford dan Hotel Westin Plaza, dan terus memperoleh pengalaman di beberapa premis makanan yang terkenal di seluruh Singapura, Perancis, Sepanyol, China dan Jepun.

Cef Gerald tiba di Miri pada tahun ini dan segera menerajui dapur Hotel Pullman Miri Waterfront, berdedikasi untuk menyampaikan kemahiran beliau dalam bidang kulinari kepada pencinta makanan.

Setiap tetamu di restoran hotel akan disajikan dengan pengalaman baharu melalui hidangan ‘Chef’s Table’, dari menu yang dipesan terlebih dahulu disediakan dengan bahan paling segar dan bermusim kepada ‘table service’ oleh Cef Gerald.

“Menghormati hasil dan sentiasa menggunakan bahan paling segar adalah kunci kepada makanan yang hebat,” kata beliau yang telah dilatih di El Bulli, sebuah restoran terkenal di Sepanyol menggunakan bahan tempatan yang segar untuk mencipta hidangan tersendiri.

Chef’s Table oleh Cef Gerald bertujuan untuk mewujudkan ruang yang menekankan kepada hasil terbaik dan mempamerkan dedikasi pengeluar secara global – sama ada seorang petani yang didorong untuk bekerja dengan produk yang luar biasa untuk memudahkan kehidupan cef, pembuat wain yang mempunyai semangat untuk menjaga penuaian sepanjang tahun atau master wiski yang mempunyai dedikasi untuk membiarkan produknya berkembang selama beberapa tahun sehingga botol terakhir.

Tetamu akan dihidangkan menu tema atau yang disesuaikan mengikut hasil tersedia mengikut musim, disajikan sebagai hidangan kreatif oleh Chef Gerald sendiri.

Mereka turut berpeluang untuk berinteraksi dengan Cef Gerald dalam suasana seakan-akan berada di dapur kediaman sendiri. Mereka juga berpeluang menikmati santapan ‘fine dining’ di mana mereka disajikan masakan barat yang dimasak melalui pelbagai cara.

  • oleh
  • Advertisement