Anda di sini

Kes warga asing didakwa bunuh peniaga disebut semula 28 November

Advertisement
 Tertuduh diiringi pegawai dan anggota polis di Mahkamah Limbang, semalam.
DITAHAN LANJUT: Tertuduh diiringi pegawai dan anggota polis di Mahkamah Limbang, semalam.

LIMBANG: Mahkamah Majistret Limbang semalam menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang warga asing yang didakwa membunuh seorang peniaga di Tedungan pada 20 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Hendri, 36.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh ditahan di Penjara Limbang sementara menunggu laporan kimia dan perubatan selesai.

Mengikut kertas pertuduhan kes, Hendri yang memasuki Malaysia dari negara jiran Brunei Darussalam pada 19 Oktober lalu bertindak menikam bertubi-tubi pada bahagian depan dan belakang seorang peniaga berusia 62 tahun menggunakan pisau pemotong sayur berukuran lapan inci.

Tertuduh yang berang dengan mangsa yang didakwa memaki hamunnya setelah meminta sedikit wang untuk tambang ke Limbang melakukan perbuatan tersebut sekitar jam 7 pagi 20 Oktober lepas di kawasan parkir kenderaan berdepan kedai bebas cukai di pekan Tedungan, di sini.

Advertisement