Anda di sini

Hadiah utama motosikal tunggu pemenang bertuah ACSJ

Advertisement
 Alan (tiga kiri) menyerahkan kunci replika kepada Ketua Stesen RTM Miri Zaidi Bujang tanda simbolik penyerahan motosikal untuk pemenang bertuah ACSJ.
REBUTAN RAMAI: Alan (tiga kiri) menyerahkan kunci replika kepada Ketua Stesen RTM Miri Zaidi Bujang tanda simbolik penyerahan motosikal untuk pemenang bertuah ACSJ.

MIRI: Hadiah sebuah motosikal menanti pemenang utama cabutan bertuah semasa Anugerah Carta Siapa Juara (ACSJ) di Eastwood Valley Golf and Country Club Sabtu ini (esok).

Hadiah yang ditaja syarikat Trans Load Services Sdn Bhd itu telah diserahkan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri selaku penganjur.

Ahli Dewan Negara yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Senator Alan Ling mewakili penaja menyerahkan hadiah kepada penganjur.

“Penganjuran ACSJ adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempersembahkan kekayaan bahasa Iban dan seni budaya lagu Iban yang unik dan hanya wujud di Bumi Kenyalang ini,” jelasnya.

Kerajaan mengamalkan prinsip terbuka terhadap semua suku kaum, termasuk melindungi dan memperkembangkan seni dan budaya.

Alan kemudian mengajak penduduk Miri untuk datang beramai-ramai memeriahkan aktiviti itu yang julung kali diadakan di sini sejak enam tahun dikendalikan.

  • oleh
  • Advertisement