Anda di sini

Lapan artis solo, tiga kumpulan di Pentas Akhir ACSJ Ke-6, Sabtu ini

Advertisement
ALEXANDER PETER
ALEXANDER PETER

MIRI: Seramai lapan artis solo dan tiga artis berkumpulan (band) akan berentap pada Pentas Akhir Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) Ke-6 2019 yang berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri, 2 November ini.

Antaranya ialah Frederick Sut, Tony RPG, Alexander Peter, NK Yongai, Dominic Christy, Eyqa Saiful, Isa Lee dan Joseph Dresa dan tiga artis berkumpulan iaitu D’Crystal Band,The Crew dan Taju Remaong.

Penerbitnya, Bana Jimbat berkata antara objektif utama ACSJ untuk memartabat dan mengiktiraf lagu-lagu Iban dalam industri muzik Sarawak agar dikenali di peringkat global menerusi RTM.

ACSJ mengetengahkan penglibatan penyanyi, penggubah lagu serta penulis lirik agar mampu menjadi penanda aras kepada Industri Muzik Dayak khususnya lagu-lagu Iban di samping sebagai tanda pengiktirafan Stesen Radio WAIfm terhadap lagu-lagu Iban yang paling popular dalam Carta Sapa Juara sepanjang tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiga tempat teratas iaitu juara, naib juara dan tempat ketiga serta persembahan terbaik, vokal terbaik akan menerima hadiah wang tunai, piala dan sijil di samping hadiah saguhati untuk semua (lapan orang) finalis.

ACSJ akan diiringi oleh kombo RTM selain orang ramai yang datang akan dihiburkan dengan acara pentas oleh artis undangan.

EYQA SAIFUL
EYQA SAIFUL

Antaranya ialah Karen Libau, Wilfred Vincent Ragam, Josephine Jalin, pelawak Bunyau, Mujab, Sugumaran dan Jabot serta Kumpulan Penari Ladies Of Hornbill.

Pihak penganjur turut menyediakan skrin besar di luar venue dan penonton berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal dan hadiah lain.

Tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Stesen RTM Miri (waktu pejabat) dan semasa acara Pocket Show pada 2 November 2019, jam 3.00 hingga 5.30 petang di Eastwood Valley Golf & Country Club.

D’CRYSTAL BAND
D’CRYSTAL BAND

Antara pengisian Pocket Show ialah Tiru Macam Saya, Jangan Lupa Lirik, Game Show dan banyak lagi bersama seleberiti RTM dan artis tempatan yang menyediakan pelbagai hadiah yang menarik.

Peminat juga boleh mengikut acara tersebut secara langsung di saluran radio WAIfm, Channel Astro 871, Myklik.

  • oleh
  • Advertisement