Anda di sini

Eejel dinobat juara Gegar VOKBET Edisi Khas

Advertisement
 

BETONG: Eejel Ryiotte Untang Erie dinobat juara Gegar VOKBET Edisi Khas yang berlangsung di Kolej Vokasional (KV) Betong dekat sini malam kelmarin.

Dengan kemenangan tersebut, Eejel membawa pulang hadiah berupa trofi, sijil, jambangan bunga, produk Melissa Francis dan hamper yang keseluruhannya bernilai RM1,000.

Selain itu, Eejal juga bakal mendapat tajaan sepenuhnya oleh Team Rajai untuk rakaman single di bawah Kaban Music Production (KMP).

Naib juara dan tempat ketiga pertandingan tersebut masing-masing dimenangi oleh Qhristian Dellance Kennedy dan  Zacchaeus Harbert Gumbin.

Kedua-dua mereka menerima sebuah trofi, sijil, jambangan bunga, hamper, produk Melissa Francis dan secara automatik layak menjadi semi final Bintang KMP musim ke-5.

Persembahan terbaik dimenangi oleh Eejel manakala vokal terbaik diberikan kepada Octavia Pearl Lika Jau.

Seramai 17 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang diadakan bersempena dengan Hari Terbuka KV Betong.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan Kolej Vokasional melalui medium hiburan di samping mencungkil bakat terutamanya dalam kalangan pelajar KV Betong.

Hadir merasmikan majlis ialah Pengarah KV Betong, Lim Ah Juan.

Hadir sama Pengurus Kaban Music Productions, Gibson Rentap, Produser Album Kompilasi Rajai, Emilyne Enjan, Penyelaras Hari Terbuka VOKBET, Muhirman Mu-Alim, dan Pegawai Operasi BBP Betong, PBK I Henry Jugah.

  • oleh
  • Advertisement