Anda di sini

Budak India mati selepas tiga hari terperangkap di dalam telaga

Advertisement

NEW DELHI: Mayat seorang budak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap pada kedalaman 26 meter dalam sebuah telaga di selatan India selama lebih tiga hari telah dikeluarkan semalam.

Sujith Wilson merupakan bayi kedua dalam tempoh empat bulan yang menarik perhatian seluruh negara selepas dia terjatuh ke dalam paip dengan diameter 30 sentimeter ketika dia bermain berhampiran rumahnya dalam daerah Tiruchirappalli di negeri Tamil Nadu pada Jumaat lepas.

“Mayat dikeluarkan de-ngan menggunakan peralatan khas dan dia berada dalam keadaan reput,” kata pegawai daerah S. Sivarasu kepada wartawan.

Dia menambah pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan untuk menentukan punca kematian.

Kamera haba telah digunakan untuk memantau suhu badan bayi itu manakala oksigen dibekalkan menerusi paip.

Penyelamat berkata bayi itu pengsan tetapi bernafas sehingga pagi Ahad, tetapi mereka tidak dapat memeriksa keadaannya sejak itu kerana dia telah tergelincir lebih jauh ke bawah.

Pekerja menggunakan ge-rudi minyak untuk menggali lubang yang selari dengan telaga tetapi pelantar itu rosak sekitar kedalaman 10 meter dari bayi berkenaan disebabkan oleh tanah berbatu.

Cubaan untuk mengguna-kan alat robotik untuk me-nurunkan tali yang boleh diselak pada pergelangan tangan bayi itu gagal pada Sabtu lepas.

Ia merupakan insiden terbaharu yang melibatkan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam telaga yang tidak diguna lagi di kawasan luar bandar India.

Pada Jun lalu, seorang budak lelaki berusia dua tahun mati selepas dia terpe-rangkap selama empat hari di dalam sebuah telaga di negeri Punjab.

Pada 2006, usaha menyelamat seorang budak ber-usia enam tahun menjadi berita utama antarabangsa apabila dia berjaya dikeluarkan dengan selamat di negeri Haryana selepas terperangkap di dalam telaga sedalam 18 meter selama 48 jam.

Telaga sangat lumrah di kawasan luar bandar India kerana ia menjadi sumber air yang penting bagi petani dan pengguna domestik. — AFP

Advertisement