Anda di sini

Taha Ariffin johan pertandingan karaoke anjuran Pedas Sarikei

Advertisement
 Ahli-ahli Pedas Sarikei merakam gambar bersama peserta pertandingan.
UNTUK ALBUM: Ahli-ahli Pedas Sarikei merakam gambar bersama peserta pertandingan.

SARIKEI: Kemerduan suara Taha Ariffin yang membawa lagu berjudul ‘Berdiri Seorang Perindu’ telah berjaya menambat hati juri pertandingan dan sekali gus membawa kepada gelaran johan bagi Pertandingan Karaoke anjuran Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) cawangan Sarikei, malam kelmarin.

Selaku johan pertandingan Taha taleh berjaya membawa pulang hadiah utama pertandingan yang berupa wang tunai berjumlah RM100 bersama sebuah piala.

Tempat kedua pertandingan pula telah dimenangi oleh Kennedy Dingin dengan lagu berjudul ‘Dara’, manakala tempat ketiga Jhancassila Juntan dengan lagu ‘Pengerindu Betuchik Laman’.

Pemenang tempat kedua pertandingan ini telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM70 bersama piala, manakala tempat ketika RM50 dan piala.

Seramai 17 orang peserta telah berentap pada pertandingan ini yang telah diadakan bertempat di salah sebuah gerai ahli Pedas di Rumah Asap Sarikei.

 Lugat (kanan) menyampaikan hadiah kepada Taha Ariffin yang telah muncul juara pada Pertandingan Karaoke anjuran PEDAS Sarikei, malam kelmarin.
JUARA: Lugat (kanan) menyampaikan hadiah kepada Taha Ariffin yang telah muncul juara pada Pertandingan Karaoke anjuran PEDAS Sarikei, malam kelmarin.

Pengerusi Pedas Sarikei, Lugat Aji yang turut hadir sama pada majlis itu dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan berkata, aktiviti ini merupakan usaha pihak persatuan untuk terus bergerak aktif dalam langkah untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

“Selain daripada terlibat dalam aktiviti berpersatuan dan membantu kebajikan ahli-ahlinya dan juga masyarakat yang memerlukan sokongannya, Pedas Sarikei turut bergiat dalam aktiviti sosial.

“Melalui penganjuran pertandingan seumpama ini, ia akan memberi peluang dan ruang kepada ahli-ahli Pedas amnya, bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan masyarakat terutama yang boleh membawa kepada manfaat bersama,” ujar Lugat.

Di masa yang sama juga, Lugat menyifat penganjuran pertandingan karakoe ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat.

“Sokongan seumpama ini akan memberikan suntikkan semangat kepada Pedas Sarikei untuk terus menganjurkan lebih banyak lagi akltiviti yang melibatkan penyertaan masyarakat di masa akan datang dalam memastikan persatuan ini terus bergerak ke hadapan dan bergerak aktif,” ujarnya lagi.

  • oleh
  • Advertisement