Anda di sini

SFC selamatkan burung hantu bubu di Miri 

Advertisement
Spesies burung hantu bubu yang jarang ditemui dan dilindungi, berjaya diselamatkan SFC, di Miri pada Isnin.
Spesies burung hantu bubu yang jarang ditemui dan dilindungi, berjaya diselamatkan SFC, di Miri pada Isnin.

MIRI: Sarawak Forestry (SFC) di sini menyelamatkan seekor burung hantu yang jarang dijumpai dan dijadikan sebagai tarikan dan 'pemikat pelanggan' di sebuah kedai runcit di sini pada Isnin. 

Pemilik kedai runcit didapati mengikat kaki burung hantu itu menggunakan wayar pada sebatang besi yang diletakkan di luar kedai runcitnya. 
   
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC, Zolkipli Mohamad Aton memberitahu burung hantu bubu atau dikenali sebagai 'Barred Eagle-Owl' adalah spesies yang dilindungi dan ia diletakkan di pintu masuk kedai runcit berkenaan. 

"SFC berjaya menyelamatkan burung hantu itu hasil maklumat yang diterima daripada orang awam, pada jam 10 pagi semalam," katanya sambil menambah pemilik kedai berkenaan sudah disiasat dan akan dikenakan tindakan," katanya hari ini. 

Beliau memberitahu burung yang diselamatkan itu akan dihantar ke Taman Rizab Semulajadi Piasau di sini untuk pemeriksaan, sebelum dihantar ke Tapak Perlindungan Hidupan Liar Matang di Kuching untuk dilepaskan ke habitat asal. 

Sementara itu, Zolkipli mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama mereka dalam menyampaikan maklumat sehingga membolehkan pihaknya menyelamat banyak hidupan liar di seluruh Sarawak dalam beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, orang ramai boleh memberi maklumat kepada SFC menerusi hotline dan emel yang kesemuanya boleh didapati di laman sosial Facebook dan laman web SFC.
 

  • oleh
  • Advertisement