Anda di sini

Media Engagement platform media bertukar pandangan

Advertisement
 Norzawiyah (tengah) bersama para pengamal media merakam gambar kenangan pada program itu.
KENANGAN: Norzawiyah (tengah) bersama para pengamal media merakam gambar kenangan pada program itu.

KOTA KINABALU: Program tahunan, Media Engagement Bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah merupakan platform untuk para pengamal media bertukar pandangan dan berkongsi maklumat.

Pengarahnya Norzawiyah Bulka berkata program sempena sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) itu juga dapat memberi ruang kepada rakan strategik jabatan itu untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan yang diberikan.

"Dengan jaringan perhubungan yang kukuh, kita berharap kerjasama dalam penyampaian maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat akar umbi dapat diperkasakan lagi.

"Pertandingan boling ini adalah sempena dengan sambutan Bulan Sukan Negara pada 1 Oktober lalu dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara sukan menjelang tahun 2020," katanya pada malam Jumaat lalu.

Pertandingan boling yang disertai lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi media serta pegawai perhubungan awam itu turut dihadiri Presiden Pesatuan Wartawan Sabah (SJA) Datuk Mugutan Vanar, Persiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Yong Ted Phin, Ketua Biro Bernama Sabah Haslin Gaffor dan Setiausaha Akhbar Kepada Ketua Menteri Sabah Collin Nicholas.

Pada program itu, Norzawiyah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori kumpulan terbaik dengan jatuhan pin terbanyak, Anugerah Kumpulan Paling Meriah, Anugerah Media Paling Semangat dan Anugerah Individu.
 

  • oleh
  • Advertisement