Anda di sini

‘Cheap Queen’ album sulung King Princess selepas kejayaan ‘1950’

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 20 Ogos 2018 ini menunjukkan King Princess tiba untuk Anugerah Muzik Video MTV 2018 di Radio City Music Hall, New York. — Gambar Reuters
ALBUM SULUNG: Gambar fail bertarikh 20 Ogos 2018 ini menunjukkan King Princess tiba untuk Anugerah Muzik Video MTV 2018 di Radio City Music Hall, New York. — Gambar Reuters

PENYANYI dan penulis lagu berusia 20 tahun King Princess mengeluarkan salah sebuah album sulung yang paling dinanti-nantikan dalam dunia muzik pop pada Jumaat lepas, ‘Cheap Queen’, lebih setahun selepas dia menjadi bintang dengan satu lagu yang disukai Harry Styles dan Kourtney Kardashian.

Publisiti yang berkisar sekitar penyanyi kelahiran Brooklyn itu, dengan nama penuh Mikaela Straus, semakin meningkat sejak lagunya ‘1950’ menjadi siulan ramai.

Balada yang mengusik jiwa itu mempunyai lebih 10 juta tontonan dalam YouTube sejak ia muncul pada Februari 2018

Straus berkata di Festival Glastonbury pada Jun lalu bahawa dia “benar, benar teruja” mengenai album itu.

“Ia dijangka garang,” katanya, dan menambah lagu-lagu itu telah diilhamkan oleh “hati luka gadis yang biasa”.

Straus merupakan antara artis pertama yang ditandatangani Zelig Records milik Mark Ronson, terbitan daripada Columbia Records, selepas pemuzik dan penerbit yang terkenal kerana kerja sama dengan Amy Winehouse dan Adele itu mendengar EPnya ‘Make My Bed’.

“Kami makan malam dan mula melepak bersama dan bercakap mengenai muzik,” katanya. “Kita menghadiri mesyuarat dan ia rasa amat tandus kebanyakan waktu, dan ia amat menyeronokkan untuk bercakap dengan seseorang yang menerbitkan beberapa rekod kegemaran saya dan amnya peminat muzik yang hebat.” — Reuters

Advertisement