Anda di sini

Sri Aman jadi tumpuan pengunjung dengan bermula Pesta Benak 2019

Advertisement

SRI AMAN: Bandar Sri Aman atau lebih dikenali sebagai Bandar Benak Malaysia sekali lagi bergema dengan alunan benak dan menjadi tumpuan para pengunjung dari dalam dan luar negara bagi menyaksikan Pesta Benak Sri Aman 2019 yang bermula hari ini hingga Ahad.

Seperti yang diketahui dan tercatat dalam Kalendar Pelancongan, Mukah sinonim dengan Pesta Kaul, Kapit pula terkenal dengan Safari Rakit, namun selain Pesta Benak, Sri Aman ter-kenal dengan legenda Buaya Bujang Senang yang menjadi maskot kepada pasukan bola sepak negeri Sarawak.

Kali ini, penulis ingin membawa pembaca menyelami serta membongkar serba sedikit mitos fenomena benak di Batang Lupar yang mana turut terkenal dengan legen-da Bujang Senang.

Seperti yang sering kita lihat di media-media cetak sebelum ini, benak di Batang Lupar adalah suatu fenomena semula jadi yang unik di mana ia hanya berlaku di empat tempat di negeri ini daripada 65 tempat di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan pembaca, tiga tempat lain di Sarawak yang mengalami fenomena benak selain Batang Lupar adalah Batang Sadong, Batang Samarahan dan Batang Saribas.

Namun fenomena benak di Batang Lupar adalah yang paling unik sehingga berjaya menarik perhatian Kementerian Pelancongan Sarawak untuk menjadikan Pesta Benak ini acara tahunan sejak 2001.

Sebenarnya, fenomena benak berlaku pada musim air pasang besar apabila air dari muara Batang Lupar memasuki sungai yang cetek dan menghasilkan ombak besar yang menyusuri sungai hingga ke muara.

Ketinggian ombak bergantung kepada kecetekan sungai itu.

Jika sungai itu cetek maka bertambah besar dan tinggilah ombak yang dikatakan benak yang akan mengalun ke hulu dan menyebabkan air sungai cepat pasang.

Aliran air yang deras daripada muara ke hulu akan sa-ling berlanggar membentuk gelombang yang menarik dan unik.

Bagi Sungai atau Batang Lupar, ketinggian dan besarnya benak terserlah apabila melintasi Tebingan Batang Lupar Sri Aman.

Ombaknya yang besar serta tinggi alunannya tampak sungguh indah, cantik dan menakjubkan terutamanya mereka yang pertama kali menyaksikan fenomena ini.

Benak di Batang Lupar mampu mencapai ketinggian 5.7 meter sehingga 6.0 meter yang pernah direkodkan semasa penganjuran pesta ini pada 2013, manakala pada tahun ini, ia direkodkan setinggi 5.5 meter sehingga 6.0 meter bermula hari ini sehingga Ahad.

Dapat dijangkakan pada penganjuran Pesta Benak Sri Aman tahun ini, ke-tinggian paras benak Batang Lupar lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan feno-mena berkenaan tahun-tahun lepas.

Ketika fenomena benak ini berlaku, sering kali dilihat dari Tebingan Sungai Batang Lupar, kapal mahupun perahu kecil akan berkumpul di tengah sungai.

Ini untuk mengelakkan kapal atau perahu dipukul benak yang mampu menenggelamkannya.

Seperti yang dilihat dalam penganjuran Pesta Benak beberapa tahun lalu, ia mampu menarik sejumlah pengunjung sehingga 50,000.

Jangan pula pembaca ter-kejut jika penulis menyatakan beberapa pelancong dari luar negara seperti Jerman, Korea, Australia dan beberapa negara lain turut bertandang menyaksikan keunikan benak.

Ini kerana Pesta Benak Sri Aman yang telah pun dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak ini sememangnya sudah diketahui ramai sehingga ke luar negara dan secara tidak langsung pesta ini mampu meningkatkan lagi ekonomi penduduk di bandar ini.

Pada penganjuran Pesta Benak tahun ini, pihak peng-anjur turut meramalkan lebih ramai pengunjung dari luar negara akan bersama-sama dengan penduduk tempatan menyaksikan keunikan benak di Batang Lupar ini nanti.

Ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang sama-sama mempromosikan fenomena benak Batang Lupar ke serata dunia yang mampu menarik pelancong asing datang ke Sri Aman untuk menyaksi-kannya.

Pelbagai aktiviti menarik akan diselitkan menerusi pesta ini nanti, antaranya, Regata Batang Lupar, Pertandingan Miss Tourism Benak, Pentas Kebudayaan, Pertandingan Ratu Kebaya Nyonya Be-nak, Pertandingan Benak Battle Challenge, Pameran Pembangunan, gerai jualan beraneka dan makanan.

Advertisement