Anda di sini

SMK Bandar Bintulu harus kekalkan momentum kecemerlangan

Advertisement
 Fred (dua kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang graduan pada Majlis Graduasi tersebut.
CEMERLANG: Fred (dua kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang graduan pada Majlis Graduasi tersebut.

BINTULU: Sekolah Mene-ngah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintulu disaran mengekalkan momentum serta meneruskan kecemerlangan dengan lebih ramai pelajarnya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa depan.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu Fred Entau berkata pada tahun lalu seramai 35 pelajar SMK Bandar Bintulu melanjutkan pelajaran ke IPT berbanding tahun sebelumnya hanya 30 sahaja.

Katanya, ini jelas membukti-kan pencapaian pelajar SMK Bandar Bintulu mengalami peningkatan memberangsangkan dari segi akademik atau kokurikulum.

Fred berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan Enam SKMBB Ke-5 2019 yang diadakan di Dinner World pada Isnin.

“Setiap graduan harus ingat majlis graduasi dan peperiksaan STPM bakal di-tempuhi hanya titik permula-an kepada jalan kehidupan lebih mencabar pada masa depan,” katanya.

Jelasnya, semangat perjua-ngan murni perlu diperkukuh-kan bagi membolehkan siswa-siswi tingkatan enam SMKBB meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah.

Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap keputusan peperiksaan percubaan STPM agak memberangsangkan dengan beberapa pelajarnya mendapat CGPA 4.0.

“Memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM adalah sangat penting bagi setiap pelajar bagi membolehkan mereka meneruskan cita-cita menun-tut ilmu di peringkat lebih tinggi.

“Harus diingat setiap pe-lajar, keputusan peperiksaan STPM yang diperolehi adalah tiket melayakkan memasuki universiti iaitu sebuah tempat yang menjadi cita-cita kita semua,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 73 calon STPM bergraduasi dan menerima skrol kecemerla-ngan masing-masing.

Hadir sama Pengetua SMK Bandar Bintulu Patrick Philip Moss.

Advertisement