Anda di sini

Mini Showcase Album Kompilasi Rajai

Advertisement
 Pelancaran rasmi Album Kompilasi RAJAI akan diadakan pada Sabtu ini, di Kolej Vokasional Betong.
TEMUI MEREKA: Pelancaran rasmi Album Kompilasi RAJAI akan diadakan pada Sabtu ini, di Kolej Vokasional Betong.

KUCHING: Kenyalang Smoke House bersama syarikat rakaman yang tidak asing lagi iaitu KMP singkatan untuk Kaban Music Production telah mengadakan satu ‘Mini Showcase Album Kompilasi Rajai’ di Pentas Kenyalang Smoke House, Jalan Landeh di sini.

Persembahan ‘Mini Showcase’ pada 18 Oktober lepas itu amat bertenaga dan meriah dengan nyanyian artis-artis KMP yang memukau dan menggamitkan suasana hadirin.

Pengurus Kenyalang Smoke House Eaton Ngipa, Pemilik Nanta Ngipa dan Lawrence Lingge amat berbangga dan berbesar hati dengan kehadiran Pengurus Eksekutif KMP Gibson Rentap, Pengurus Anthony Sintau, Penasihat Ajie Charlie, Komposer Matthius Mambang Bajang, Komposer Jesly Jabu Bajang, Susun Muzik Jumpull Morcdoc dan Produser Emilyne Enjan.

Album Kompilasi RAJAI menampilkan barisan artis seperti Emilyne Enjan dengan lagu ‘Nadai Jalai Begulai’, ‘Asal Jadi Menyana’, ‘Rajai’, ‘Sada Bulan Keleman’, Sharon Frankie (‘Aku Ukai Sulu Injau’, ‘Mudah Amat Nuan Berubah’), Roy Jilum (‘Indu Jarum Penanchum’, ‘Badu Bekaban’, Romeena Robert (‘Jeling Anak Temuai’, ‘Lati Pengerindu’), Ricky Jilum (‘Penyangkai’), dan Maxwell Chaing (‘Kumang Menua’).

Persembahan RAJAI julung kali di khalayak sangat memukau dan menggegarkan suasana malam di Kenyalang Smoke House, Kuching.

 Emilyn menyerahkan poster Album Kompilasi RAJAI kepada Nanta.
POSTER RAJAI: Emilyn menyerahkan poster Album Kompilasi RAJAI kepada Nanta.

Turut memukau kehadiran bekas vokalis Dom Ulin Band Aka Dambai yang menyanyikan lagu ‘Iban Trackers Sarawak Rangers’, Sekarang Band Tanah Berenyang dengan lagu ‘Sulu Peraja Mata’ dan Richard Lee menyanyikan lagu ‘Nuan Berega Ba Mata Ku’.

Produser Emilyne Enjan berharap Album Kompilasi RAJAI mendapat sambutan peminat muzik Iban di seluruh pelosok negeri ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa Album Kompilasi RAJAI akan berada di pasaran dalam masa terdekat dan berharap orang ramai memberi sokongan pada industri muzik tanah air dengan membeli album original di pasaran.

Tambahnya lagi, pada 26 Oktober ini satu majlis Pelancaran Rasmi Album Kompilasi RAJAI akan diadakan di Kolej Vokasional, Betong bermula jam 7.30 malam sempena Hari Terbuka VOKBET 2019.

Orang ramai terutama di sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman, dijemput datang beramai-ramai memberi sokongan dan menyaksikan majlis pelancaran rasmi ini.

Sementara itu, Eksekutif Manager Gibson Rentap memaklumkan Uji BakatBintang KMP Musim Ke-5 akan diadakan pada 15 November depan, jam 7.30 malam juga bertempat di Kenyalang Smoke House.

Tujuan uji bakat ini adalah untuk mencari 16 orang ke semi final untuk merebut lima tempat finalis pada 25 dan 26 Januari 2020.

Finalis secara automatik akan menjadi artis di bawah naungan KMP pada 29 Februari 2020.

Advertisement