Anda di sini

Kadar tambang MASwings untuk pelancong asing ke Sarawak kekal

Advertisement
Lee bersama Dr Jerip dan Sharbini mengunjungi galeri semasa melawat Stesen Isi Seman Hidrogen Bersepadu SEB di Pending hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon
Lee bersama Dr Jerip dan Sharbini mengunjungi galeri semasa melawat Stesen Isi Seman Hidrogen Bersepadu SEB di Pending hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon


KUCHING: Kadar tambang yang dikenakan MASwings terhadap pelancong asing kini kembali seperti sedia kala.

Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin mengesahkan perkara itu selepas menerima maklum balas daripada Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Aminuddin Zakaria melalui aplikasi WhatsApps.

“Sebelum ini, saya menggesa kepada MASwings dan Kementerian Pengangkutam di peringkat Persekutuan agar kadar tambang penerbangan yang dikenakan terhadap pelancong asing dikekalkan.

“Ini kerana keputusan untuk mengenakan tambang lebih mahal kepada pelancong asing adalah tidak rasional dan menjejaskan industri pelancongan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Stesen Isi Semula dan Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu Sarawak Energy Berhad (SEB) di Pending di sini, hari ini

Hadir sama, Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datu Sharbini Suhaili

Lee menambah, sebarang keputusan yang dibuat di Semenanjung Malaysia tidak semuanya boleh diguna pakai di Sarawak dan Kerajaan Persekutuan harus mempertimbangkan keadaan di Sarawak sebelum sebarang dasar dilaksanakan.

“Selepas kenyataan saya sebelum ini, MASwings mengambil keputusan untuk menarik balik pekeliling kepada Kementerian Pengangkutan di Peringkat Persekutuan dan kita akan meneruskan harga sebelum ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak MASwings kerana mengambil kira masalah ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sebelum ini pada 19 Oktober, Lee berkata, kadar tambang baharu MASwings kepada pelancong asing bermula 1 November adalah sangat mahal yang pastinya akan memberi kesan buruk terhadap industri pelancongan negeri ini.

Beliau menyatakan rasa bimbang terhadap langkah tersebut walaupun secara rasionalnya tambang mahal hanya dikenakan kepada warga asing.

“Tambang pergi balik dari Miri-Mulu telah bertambah daripada RM314 hingga RM946. Kadar ini naik tiga kali ganda.

“Sementara Kuching-Mulu dikenakan tambang RM1,386. Dengan kadar seperti ini mereka pasti akan memilih destinasi lain yang turut menawarkan kadar hampir sama,” jelasnya.

Lee menyifatkan tindakan itu sebagai tidak logik dan tidak munasabah dalam membantu menarik kehadiran pelancong ke negeri ini menerusi kempen Tahun Melawat Sarawak tahun ini dan Tahun Melawat Malaysia tahun depan.


 

  • oleh
  • Advertisement