Anda di sini

200 pelajar hadiri bengkel ‘Music for Millennial 2019’

Advertisement
 Peserta ketika membuat persembahan pada bengkel muzik SMK Sibu Jaya, kelmarin.
RANCAK: Peserta ketika membuat persembahan pada bengkel muzik SMK Sibu Jaya, kelmarin.

SIBU: Seramai 200 orang pelajar menghadiri bengkel ‘Music for Millennial 2019’ diadakan buat pertama kali di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya, kelmarin.

Bengkel tersebut merupakan hasil kerjasama Kelas Muzik SMK Sibu Jaya dan artis tempatan The Weekend Cover (TWC) diketuai Hayrington Suring William.

Penasihat Kelab muzik SMK Sibu Jaya, Annette Alicia Guillan memberitahu bengkel tersebut mampu mengubah persepsi pelajar-pelajar tentang muzik.

Katanya, ia merupakan acara tahunan Kelab Muzik SMK Sibu Jaya bagi mengadakan bengkel muzik.

“Tahun ini, kami mencadangkan tema muzik rap,” katanya ketika ditemui selepas menamatkan sesi bengkel ‘Music for Millennial 2019’ di Bilik Muzik SMK Sibu Jaya.

Menurutnya, muzik mampu membantu dalam penjanaan pendapatan lebih-lebih lagi di era menggunakan teknologi serta media sosial sebagai landasan.

Katanya, antara aktiviti diadakan teknik penulisan lagu, cara menjana pendapatan menggunakan muzik melalui platform Youtube dan penciptaan lagu serta ciptaan rentak lagu daripada TWC.  

“Turut dijalankan ialah pertandingan rap di mana pelajar diminta mencipta lirik berdasar muzik disediakan. Pertandingan ini dimenangi oleh Louis Fernandes dan Macsharlene Nomie,” katanya.

Program itu juga mencungkil ramai bakat kalangan pelajar SMK Sibu Jaya dalam bidang muzik.

Kelab Muzik SMK Sibu Jaya sangat aktif menyertai dan menganjurkan pelbagai aktiviti muzik sekitar bandar Sibu.  

Mereka menjuarai tiga tahun berturut-turut Pertandingan Kombo Sekolah Menengah Bahagian Sibu, menganjurkan program pencarian bakat Talenista dan membuat persembahan pada majlis-majlis rasmi.

  • oleh
  • Advertisement