Anda di sini

Zikir Ul Husna berkumandang di Masjid Al-Hikmah UMSKAL

Advertisement
 Haji Hasim Bedu (empat kanan), Supian (empat kiri), Zamri (enam kiri) dan Khairul Isham (lima kiri) bergambar kenangan bersama mahasiswa yang menghadiri program Zikir Ul Husna di Masjid Al-Hikmah, UMSKAL.
ALBUM KENANGAN: Haji Hasim Bedu (empat kanan), Supian (empat kiri), Zamri (enam kiri) dan Khairul Isham (lima kiri) bergambar kenangan bersama mahasiswa yang menghadiri program Zikir Ul Husna di Masjid Al-Hikmah, UMSKAL.

LABUAN: Zikir Ul Husna berkumandang di Masjid Al-Hikmah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), pada malam Jumaat lalu.

Program itu diadakan sempena Diskusi Raja Berperlembagaan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Zikir Ul Husna diketuai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Malaysia Haji Hasim Bedu yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Jabatan Penerangan Malaysia Dato’ Mohd Sukari Abd Hamid.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Supian Musa, Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL Prof Dr Murnizam Haji Halik dan Imam Masjid Al-Hikmah Ustaz Khairul Isham.

Hadir sama pegawai kanan, kakitangan dan mahasiswa UMSKAL.

Terdahulu jemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Supian berkata program sebegini diharap dapat meningkatkan ilmu kepada jemaah yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis berkenaan khususnya mahasiswa UMSKAL.

Sementara itu, Prof Dr Murnizam mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan kerana sudi memilih UMSKAL sebagai venue utama program itu dan akan terus memberikan kerjasama kepada Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan yang lain untuk menganjurkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada mahasiswa.

“UMSKAL akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk menganjurkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat setempat,” katanya.
 

Advertisement