Anda di sini

Mina Wantan bermula dengan modal RM100, kini kian berkembang

Advertisement
Aminawati bersama pembantunya mempamerkan wantan, siew mai dan sos pelbagai perisa.
Aminawati bersama pembantunya mempamerkan wantan, siew mai dan sos pelbagai perisa.

BERMULA dengan menyediakan makanan kegemaran anak-anaknya - wantan - Aminawati Ali Ghor Khan kini mampu tersenyum bangga dengan usaha dan penat lelahnya mengusahakan perniagaan wantan dan siew mai kecil-kecilan di rumah.

Setelah lima tahun Aminawati, 38, mengusahakan Mina Wantan dari rumah di Taman Sourabaya, Kuching, alhamdulillah perniagaannya kini kian berkembang dan merancang untuk membesarkannya lagi.

“Saya seorang yang jenis gemar mencuba. Cuba untuk berniaga makanan. Alhamdulillah usaha dengan modal RM100 pada satu ketika dahulu kini mula menampakkan kemajuan.

“Semuanya datang secara spontan dan saya tidak pernah ada perancangan untuk menjalankan perniagaan wantan pada mulanya.

“Wantan yang saya buat mendapat tempat dalam pasaran tempatan di Kuching,” ujarnya yang sering mendapat dorongan dan galakan dari suaminya.

Pelanggan diberi pilihan perisa sos yang digemari mereka.
Pelanggan diberi pilihan perisa sos yang digemari mereka.

Tanpa menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan, dia membeli pelbagai mesin dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan wantan ayam.

Aminawati juga menghasilkan sos sendiri yang dijual bersama dengan wantan. Lima jenis sos itu ialah spicy butter, salted egg, sos Thai, kicap pedas dan larva sos.

Sebungkus wantan mengandungi 35 biji wantan dijual pada RM10, termasuk sebotol sos perisa pilihan pelanggan.

Selain pelanggan sendiri datang ke rumah, wantan dan siew mai keluaran Mina Wantan boleh didapati di gerai di Up Town Metrocity dan Dewan Suarah, di Mira Cake House Boyan, Kedey Kamek, Indoq Chanteq Kota Samarahan dan Kubah Ria sert TRIO Tabuan.

Aminawati bersama para pekerjanya sentiasa mengutamakan kebersihan dalam menyediakan produk makanan.
Aminawati bersama para pekerjanya sentiasa mengutamakan kebersihan dalam menyediakan produk makanan.

Wantan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan, menurutnya enak dimakan sup, goreng dan rebus.

Dalam seminggu, dia mampu menjual dan menghasilkan kira-kira 600 hingga 700 kilogram wantan dan siew mai seminggu.

Aminawati bersama para pembantunya yang komited dalam menghasilkan wantan.
Aminawati bersama para pembantunya yang komited dalam menghasilkan wantan.

Dibantu 25 pekerja, dia bercita-cita hendak memiliki kilang wantan sendiri dan membeli mesin pembalut wantan automatik yang dianggarkannya berharga RM70,000.

“Jika ada kilang, sudah pasti perniagaan ini boleh berkembang lagi dan tidak kurang penting ruang yang lebih luas untuk menyimpan berbagai peralatan dan bahan mentah,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement