Anda di sini

Simposium Ngepan Iban, 1-2 November

Advertisement

BETONG: Pejabat Residen Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Ngepan Betong (KNB), Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) dan Yayasan Tun Jugah (TJF) akan menganjurkan Simposium Ngepan Iban (SNI) 2019.

Program ini dijadualkan akan berlangsung selama dua hari iaitu 1 dan 2 November (Jumaat dan Sabtu) akan datang di Pejabat Residen Bahagian Betong.

Selain daripada penganjuran program simposium tersebut, pihak jawatankuasa juga akan menganjurkan beberapa aktiviti lain seperti jualan dan pameran serta majlis makan malam.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan program ini mereka boleh menghubungi pihak urus setia program iaitu Gray di talian 010-9325360 untuk program simposium, Edmund Rintai (019-8676801) untuk aktiviti jualan dan pameran, James Buma (014-5778181) untuk program makan malam dan Sigat Sang (019-8581590) untuk maklumat lanjut berkaitan program ‘Ngepan Runway’.

Advertisement