Anda di sini

Premis nyaris musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di premis terbabit.
PADAM: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di premis terbabit.

MIRI: Sebuah premis nyaris musnah apabila terlibat dalam kebakaran yang berlaku di Taman Perindustrian Eastwood Valley di sini pagi semalam.

Dalam kejadian terbabit, premis dua tingkat jenis kekal itu dianggarkan musnah terbakar kira-kira dalam 30 peratus.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian terbabit kira-kira jam 8.42 pagi.

“Komander operasi melaporkan, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah premis jenis kekal dua tingkat berkeluasan 30 kaki kali 100 kaki.

“Bomba mendapati api marak di tingkat atas dan dianggarkan terbakar kira-kira 30 peratus daripada keluasan bangunan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Law berkata pasukan bomba terus mengawal dan memadam kebakaran dengan kaedah ‘offensive’ dan ‘diffensive’ menggunakan dua aliran 200 kaki tiga nozzle air daripada jentera bersambung ke pili bomba yang berdekatan.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 9.22 pagi dan padam sepenuhnya jam 9.50 pagi.

“Kebakaran ini juga tidak melibatkan mangsa cedera di tempat kejadian,” ujarnya.

Kebakaran berjaya ditangani sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Peter Ngumbang.

Advertisement