Anda di sini

Penunggang motosikal maut rempuh bas parkir di Batu Kawa

Advertisement
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. - Gambar ihsan polis

KUCHING: Seorang pemuda maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah bas persiaran di Jalan Kangkok, Batu Kawa hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa dikenali Engkang Selutan, 32, yang beralamat Rumah Nugah Sungai, Baram, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Pada pukul lebih kurang 3.15 pagi, sebuah motosikal yang ditunggang mangsa menuju ke arah kawasan Perumahan RPR Batu Kawa dari arah pekan Batu Kawa. 

"Apabila sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah bas persiaran yang diparkir di sebelah kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ketika kejadian katanya, pemandu bas persiaran, 42, sedang tidur di rumah berhampiran dengan tempat kejadian. 

"Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian," katanya. 

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 

  • oleh
  • Advertisement