Anda di sini

Konsert M. Nasir Satu Hikayat 40 Tahun Perjalanan, 23 Nov ini

Advertisement
 

PENYANYI legenda terkenal, Dato’ M.Nasir akan mengadakan Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan pada 23 November depan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena merayakan ulang tahun ke-40nya keberadaannya dalam industri.

Konsert dengan durasi dua dan setengah jam yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya kerana beliau akan mempamerkan repertoir dari album pertamanya hinggalah lagu terkini dengan barisan lagu-lagu hits seperti ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, ‘Mentera Semerah Padi’ ‘Apokalips’ , ‘Keroncong Untuk Ana’ dan banyak lagi.

Konsert ini bakal menyaksikan cara dan gaya Dato ‘M. Nasir meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini.

Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati di mana beliau akan diiringi dengan band lamanya The Gong yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Terdapat juga segmen kejutan yang akan dipamerkannya di konsert itu nanti.

Tiket konsert boleh dibeli di www.myticket.asia.

Advertisement