Anda di sini

Kes kehilangan Puteri Nurardiana: Tiada petunjuk baharu, siasatan diteruskan

Advertisement
PUTERI NURARDIANA


BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan siasatan terhadap kes Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6, yang dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Kampung Baru Laut, sejak 28 September lalu. 

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pasukan polis di Bintulu akan mempergiatkan lagi usaha siasatan yang memasuki minggu ketiga hari ini bagi mencari petunjuk baru dalam kes ini.

"Terdahulu, saya telah diberikan penerangan di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berkaitan kronologi kes sebelum dibawa ke kediaman mangsa bagi bertemu ibu bapa mangsa dan ahli keluarga di Kampung Baru Laut pada pukul 10.30 pagi ini," ujarnya. 

Dev berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo sejurus selesai lawatan ke rumah keluarga mangsa serta meninjau lokasi Sungai Kemena, tempat mangsa dipercayai jatuh.

etika bertemu dan berbual dengan ayah mangsa ketika melawat ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Baru Laut, hari ini.
Dev berbual dengan ayah mangsa ketika melawat ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Baru Laut, hari ini.

Mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan, pasukan polis setakat ini masih belum menjumpai sebarang petunjuk baru berhubung kehilangan kanak-kanak tersebut. 

Menurutnya, lawatan yang dibuat ke kediaman keluarga mangsa sedikit sebanyak akan membolehkan beliau mendapatkan gambaran mengenai kejadian yang berlaku serta maklumat dari kedua-dua ibu bapa mangsa. 

"Saya berharap agar ahli keluarga mangsa bersabar dengan kejadian yang berlaku ini kerana pasukan polis melakukan yang terbaik dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini," ujarnya.

Pada pukul 3.11 pagi 28 September lalu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima laporan dari PDRM Bintulu mengenai kehilangan Puteri Nurardiana di kawasan kediaman mereka berhampiran Sungai Kemena. 

Sejurus itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke kediaman keluarga kanak-kanak terbabit di Kampung Baru Laut, bagi mendapatkan maklumat serta pengesahan dari kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain.

 

Berita berkaitan: Kanak-kanak 6 tahun dilaporkan hilang di Bintulu , Dua minggu berlalu, kehilangan Puteri Nurardiana mengundang misteri

  • oleh
  • Advertisement