Anda di sini

‘Emily in Paris’ siri komedi romantik terbaharu pencipta ‘Sex In The City’

Advertisement
 

DIA menerbitkan beberapa siri yang popular daripada ‘Sex In The City’ hingga kepada ‘Beverly Hills 90210’ di bawah namanya, tetapi penerbit siri legenda Darren Star mahu bumi terbuka di bawahnya pada hari pertama penggambaran bagi siri televisyennya yang baharu.

‘Emily in Paris’ merupakan siri komedi romantik tentang seorang eksekutif pemasaran Amerika yang menjalani impian di ibu negara Perancis.

Cuma Emily – lakonan Lily Collins, aktres yang merupakan anak bintang pop Phil Collins – tidak menduga cabaran yang dihadapinya, tanpa memahami satu pun perkataan dalam bahasa Perancis.

“Babak pertama yang kami buat adalah bersama rakannya dari China yang memberitahunya bahawa orang Perancis sangat jahat,” kata Star kepada AFP.

“Saya fikir ‘Oh tidak, kami membuat penggambaran ini di Paris dengan semua orang Perancis yang baik ini dalam kru’. Tetapi sebenarnya saya rasa mereka suka dengannya,” kata Star sambil ketawa, salah seorang penerbit TV paling berjaya dalam sejarah.

Rasa gementar dalam ketegangan budaya hampir sekuat percintaan dalam siri tersebut – yang dijadual ke udara pada tahun depan – dan Star mengakui dia “amat seronok dengan salam faham mengenai budaya tetapi juga dengan perbincangan”.

“Kami bermain-main sedikit dengannya,” kata Star. “Tetapi orang Perancis hentam kita juga, dan watak-watak Perancis betul-betul menyeksanya.”

“Kita juga cuba melihat dari sudut mereka.”

Lagi pun, “dia adalah warga Amerika yang memasuki budaya itu dalam keadaan yang jahil”.

HUBUNGAN SAYANG-SAYANG BENCI

Menghentam orang Perancis mungkin sudah menjadi umpama ‘sukan berdarah’ dalam media sosial di Amerika Syarikat (AS) tetapi Star amat meminati negara Perancis dan rakyatnya.

Sementara Presiden AS Donald Trump merungut dengan kuat dalam Twitter bahawa “Paris bukan lagi Paris” – dan jarang sekali melepaskan peluang untuk mengaibkan Perancis – Star pula mempunyai pendapat berbeza.

“Sekarang adalah masa yang bagus untuk meninggalkan AS buat sementara waktu,” katanya dengan sinis mengenai penggambarannya selama empat bulan untuk siri pertama di ibu negara Perancis.

“Dan semakin lama saya berada di sini, semakin saya menyukainya,” tambahnya.

Star berkata Trump mempunyai “hubungan sayang-sayang benci dengan Paris. Dan yang pasti, ramai warga Amerika mempunyai sikap itu”.

Namun di bawah semua itu, “orang amat tertarik kepada Perancis dan khususnya mempunyai hubungan cinta yang tulen dengan Paris. Dan siri TV tidak ada sebelum ini yang menampilkan perkara itu”.

Sedikit seperti apa yang dibuat oleh ‘Sex In The City’ dengan New York, “perkara yang bagus mengenai siri ini ialah ia memberi peluang kepada penonton untuk menyertai perjalanan yang penuh imaginasi itu bersamanya”.

“Kita hidup menerusinya, dan ia ternyata romantis dan penuh glamor” kerana watak Lily Collins, Emma, bekerja dalam perniagaan barangan mewah yang membolehkannya untuk berhubung dengan dunia fesyen, wain dan masakan hebat.

“Tetapi dia juga ada masalah.

“Dia berasal dari Chicago dan dia sebenarnya bukan orang yang sepatutnya pergi ke Paris untuk jawatannya. Dan sebenarnya rakan-rakan sekerjanya yang baharu di Paris) tidak gembira melihatnya.

“Dia juga seorang gadis ‘Midwestern’ yang degil dengan banyak idea. Dia ceria dan baik, dan mereka juga tidak menyukai perkara itu,” kata Star kepada AFP di tengah-tengah acara pertemuan di MIPCOM, pasaran hiburan terbesar di dunia, di pusat peranginan Cannes di French Riviera.

“Jadi dia dipijak banyak kali pada mulanya tetapi dia akhirnya faham.”

Star percaya siri itu dapat bersiaran lama dan memberi pujian yang melangit kepada Collins, 30, yang menerima pujian bagi lakonannya sebagai Fantine dalam adaptasi BBC bagi ‘Les Miserables’ pada awal tahun ini.

“Lily adalah seorang bintang yang hebat,” katanya. “Ia adalah berbahaya untuk membuat siri bersamanya jika anda hanya mahu membuat satu musim, orang akan menyukainya.”

Penerbit itu berkata Collins mempunyai “bakat untuk komedi romantis yang tulen dan dia membawa dirinya dengan begitu banyak kepadanya”.

Pelakon Perancis Mathias Barneville dari siri popular ‘Call My Agent!’ berlakon bersamanya, dan barisan pelakon Perancis menterjemahkan dialog mereka sendiri dari bahasa Inggeris.

Walaupun selepas hampir empat bulan di ibu negara Perancis, keindahan tempat itu masih mengejutkan Star.

“Saya mempunyai perkara yang bertentangan dengan Sindrom Paris”, satu keadaan yang kadang-kadang dialami pelancong Jepun yang terkejut bahawa bandar raya itu berbeza sekali daripada apa yang mereka jangkakan.

“Saya rasa siri itu memenuhi semua fantasi anda mengenai Paris. Dan kita tidak perlu berusaha gigih untuk mencarinya.”

Dia berkata Emmy mungkin tinggal dalam sebuah pangsapuri loteng yang amat kecil tetapi “apa yang dia perlu buat ialah menjenguk keluar dari tingkap untuk melihat keindahan”.

Satu-satunya perkara yang dibimbangi Star ialah lokasi utamanya dalam kawasan ‘Latin Quarter’ begitu cantik sekali sehinggakan “akan fikir ia tidak tulen, ia kelihatan begitu serupa dengan latar belakang tiruan. Tetapi ia memang tulen”. — AFP

Advertisement