Anda di sini

Cabaran Padawan Borneo Highland Nature tarik penyertaan terbesar

 Ahmad (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Cabaran Padawan Borneo Highland Nature 2019 di kaki bukit Borneo Highland Resort di Padawan semalam.
TAHNIAH: Ahmad (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Cabaran Padawan Borneo Highland Nature 2019 di kaki bukit Borneo Highland Resort di Padawan semalam.

PADAWAN: Acara Cabaran Padawan Borneo Highland Nature tahun ini menarik penyertaan terbesar setakat ini seramai 211 orang peserta berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Datuk Ahmad Ibrahim berkata ini merupakan acara tahunan MPP dengan kerjasama Pengurusan Borneo Highland Resort (BHR).

“Bezanya tahun ini acara ini diadakan di kakit bukit BHR di mana tahun-tahun sebe-lumnya acara ini diadakan di atas BHR.

“Harapan kita pada penganjuran tahun depan lebih ramai peserta akan menyertai acara ini terutama peserta antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyampaian hadiah kepada pemenang Cabaran Padawan Borneo Highland Nature 2019 di kaki bukit BHR di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata acara ini diadakan bertujuan memperkenalkan keunikan dan keterujaan lumba berbasikal bukit, larian Bukit dan rentas hutan.

Bagaimanapun katanya tahun ini, acara lumba berbasikal bukit tidak diadakan atas sebab tertentu bagi memberi laluan kepada acara berbasikal lain yang turut diadakan pada skala  lebih besar.

“Kita turut melibatkan dan menggalakkan penyertaan pengusaha homestay dan penduduk setempat sekitar BHR ini untuk terlibat dalam acara ini dalam aktviti sam-pingan lain seperti pameran dan jualan.

“Kita dalam MPP ini terutama di sepanjang  Puncak Borneo mempunyai banyak produk pelancongan untuk ditawarkan selain dikeli-lingi kecantikan alam semula jadi.

“Justeru acara ini secara tidak langsung dapat mempromosikan lagi kegiatan dan produk pelancongan di sini sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk di sini,” ujarnya.  

Pada majlis itu, Ahmad turut berterima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan yang membantu mempromosikan acara ini ke luar Kuching terutama luar negara.

Tahun depan, MPP menurut Ahmad akan sekali lagi menganjurkan acara ini pada skala yang lebih besar selain turut memperkenalkan semula lumba berbasikal bukit.