Anda di sini

YNJ sumbang dana RM2 ribu kepada SM St Francis Convent

Advertisement
 Norlidah (tengah, depan) merakamkan foto album Majlis Konvokesyen SM St Francis Convent.
ALBUM: Norlidah (tengah, depan) merakamkan foto album Majlis Konvokesyen SM St Francis Convent.

KOTA KINABALU:  Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyumbangkan dana RM2,000 kepada SM St Francis Convent bagi pembangunan pendidikan dan pembelajaran.

Sumbangan disampaikan Penasihat YNJ, Toh Puan Norlidah R.M Jasni kepada Pengetua, Theresa @ Chong Mei Lan di sini, sempena majlis konvokesyen sekolah tersebut, semalam.

Isteri Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin itu turut menyampaikan sumbangan kepada 24 pelajar terpilih di sekolah berkenaan.

Pada majlis berkenaan, seramai 166 pelajar Tingkatan 5 daripada lima buah kelas menerima sijil penghargaan daripada Theresa.

  • oleh
  • Advertisement