Anda di sini

Pekerja ladang warga asing maut dipanah petir di Kabong

Advertisement
Mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk bedah siasat
Mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk bedah siasat

SARATOK: Seorang lelaki warga Indonesia maut apabila dipanah petir ketika sedang bekerja di sebuah ladang sayur di Jalan Pesisir Pantai Sungai Endot Kabong, pada Sabtu. 

Mangsa, Sumarna, 38, yang bekerja sebagai penyelenggara ladang dilapor disambar kilat oleh majikannya sekitar pukul 4.39 petang.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok, DSP Mordani Tanin yang dihubungi hari ini, mengesahkan polis menerima laporan berkaitan dengan kejadian tersebut.

"Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada majikan mangsa, mangsa ketika kejadian sedang bekerja di ladang terbabit.

"Secara tiba-tiba kilat telah menyambar mangsa dan menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian," katanya.

Mangsa kemudian dihantar oleh rakan sekerja ke Klinik Kesihatan Kabong untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas. 

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).
 

  • oleh
  • Advertisement