Anda di sini

Lelaki maut kereta langgar pokok di Sibu

Advertisement
Keadaan kereta dipandu mangsa yang remuk selepas terbabas melanggar pokok.
Keadaan kereta dipandu mangsa yang remuk selepas terbabas melanggar pokok, awal pagi tadi.

SIBU: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Wawasan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa dikenali sebagai Lau Pick Kong, 33 dari Jalan Quarry, di sini.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa bergerak dari arah bulatan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) menuju ke arah Jambatan Igan, sampai di suatu tempat di Jalan Wawasan telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi kiri jalan dalam kejadian sekitar pukul 2.30 pagi.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada pukul 3.46 pagi," ujarnya.


 

  • oleh
  • Advertisement