Anda di sini

Lelaki dijumpai lemas di Tanjung Kidurong 

Advertisement
Lelaki dijumpai lemas di kawasan pantai Tanjung Kidurong hari ini.
Lelaki dijumpai lemas di kawasan pantai Tanjung Kidurong hari ini.

BINTULU: Seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti dijumpai maut dipercayai lemas di kawasan pantai Tanjung Kidurong, hari ini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, polis yang bergegas ke lokasi susulan menerima laporan sekitar 10.45 pagi mendapati lelaki berkenaan telah ditarik ke pantai oleh orang awam. 

Katanya, dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Zulkipli berkata, hasil temu bual ke atas saksi di tempat kejadian mendapati dia kemungkinan lemas ketika memasang pukat untuk menangkap ikan. 

Katanya, pemeriksaan terhadap mayat lelaki tersebut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

"Mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan butiran identiti mangsa masih belum dikenal pasti," jelasnya.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan proses pengecaman. 
 

  • oleh
  • Advertisement