Anda di sini

Filem Upin & Ipin tersenarai dalam pencalonan anugerah Oscar

Advertisement
 Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan pada Anug
PENCALONAN OSCAR 2020: Gambar fail bertarikh pada 8 Januari 2019 menunjukkan Pengarah Urusan Les’ Copaque yang juga penerbit filem animasi ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’, Burhanuddin Md Radzi bersama kru produksi Les Copaque pada majlis pelancaran poster ‘Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal’ dan trailer filem di Kuala Lumpur. 

FILEM animasi popular tempatan ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production melakar sejarah apabila disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan pada Anugerah Academy atau Oscar 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.

Syarikat produksi tempatan itu berkongsi berita gembira itu menerusi catatan di laman rasmi Instagram dan Twitter rasmi miliknya kelmarin.

“Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020.

“Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa terhadap filem ini,” tulis syarikat itu.

‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ bersaing dengan filem animasi antarabangsa seperti ‘The Angry Birds Movie 2’, ‘Toy Story 4’, ‘The Secret Life of Pets’ dan ‘Frozen 2’.

Filem animasi yang mula ditayangkan pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta iaitu selepas tiga minggu ia dita-yangkan dengan jumlah penon-ton men-cecah 2 juta di Malaysia.

‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ mengisahkan mengenai pengembaraan dua beradik itu yang digarap dengan beberapa karakter daripada kisah hikayat dongeng Melayu lama antaranya Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan Si Tanggang.

Filem menelan kos RM20 juta itu baru-baru ini diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada.

Selain menembusi pasaran China, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut ditayangkan di Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India. — Bernama

Advertisement