Anda di sini

Fikirkan strategi inovasi bagi menyediakan suasana kondusif kepada pelabur

Advertisement
 Darell (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta pameran autoshow.
KENANGAN: Darell (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta pameran autoshow.

PENAMPANG: Kerajaan negeri perlu memikirkan satu strategi inovasi bagi mengurangkan kos bekalan elektrik serta tapak tanah dalam usaha menjadikan Sabah sebagai mesra pelabur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata, sudah tiba masanya Malaysia mengurangkan dasar birokrasi dan red tape yang diamalkan selama ini bagi menyediakan suasana yang kondusif kepada pelabur asing untuk bertapak di negara ini.

"Kita tidak mampu menarik pelabur asing untuk bertapak di sini sekiranya kos tanah, elektrik dan sebagainya sangat tinggi sehingga menakutkan pelabur.

"Khususnya di Sabah, disebabkan kos elektrik dan tanah yang tinggi, pelabur terpaksa beralih ke negeri atau negara jiran untuk membuat pelaburan itu. Keadaan ini akhirnya merugikan negeri ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Malaysia Autoshow Sabah, di sini semalam.

Beliau berkata, ramai pelabur yang ingin datang ke Sabah tetapi strategi inovasi perlu difikirkan bagi menyenangkan kelulusan kepada pelabur.

Ketika berucap, beliau menjelaskan program yang diadakan itu adalah pertama kali di Sabah. Kerajaan percaya sektor automotif memainkan peranan penting dalam menguatkan daya saing industri berkenaan selaras dengan permintaan global masa kini.

"Adalah penting Malaysia Autoshow ini akan diadakan di seluruh negeri di negara ini termasuk Sabah.

"Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) terus memperkenalkan teknologi berdasarkan jenama-jenama yang terdapat dalam autoshow.

"Saya berharap menerusi pameran-pameran teknologi yang diadakan, para pengunjung mampu bagaimana untuk meningkatkan kehidupan seharian berdasarkan teknologi yang diperkenalkan," katanya.

Dalam majlis yang sama, Darell turut menjelaskan MARii juga menjalankan jalinan strategik dengan FinTech Lab bagi membangunkan 10 usahawan berpotensi di bawah program Technopreneur Development Programme (TDP).

Menurutnya, program itu juga bagi meningkatkan kapasiti bagi Industri Kecil dan Sederhana (PKS) dan Industri Desa di Sabah.

Katanya, para peserta program berkenaan akan melalui sesi pembangunan selama enam bulan berfokuskan fasa-fasa yang ditetapkan.

  • oleh
  • Advertisement