Anda di sini

Baik pulih paip bocor di simpang Jemukan dijalankan esok - JBALB

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan melakukan kerja-kerja membaik pulih kebocoran paip di simpang Jemukan, di sini, esok.

Menurut kenyataan JBALB, kerja-kerja baik pulih itu akan bermula dari pukul 8 pagi hingga  6 petang, yang akan menjejaskan bekalan air di daerah kecil Sadong Jaya dan yang berdekatan dengannya.

“Justeru itu, penduduk sekitar kawasan yang terjejas dinasihatkan membuat simpanan air dan menjimatkan penggunaan air sepanjang tempoh gangguan itu.

“JBALB bahagian Kota Samarahan juga sentiasa bersiap siaga untuk penghantaran air  ke kawasan yang teruk terjejas dan memantau rapi keadaan bekalan air dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan dalam laman sosial Facebook JBALB, sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi pejabat JBALB bahagian Samarahan di talian 082-672383 atau Whatapps 010-2820 0750. - Bernama